Utusan Borneo (Sabah)

Tambah nilai Mesej sesuai dengan aspirasi rakyat

-

KOTA MARUDU: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick mahu program pembasmian kemiskinan masyarakat luar bandar di negeri ini terutama Mini Estet Sejahtera (Mesej) ditambah nilai bagi meningkatk­an keberkesan­annya dalam mengurangk­an kadar kemiskinan tegar.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan wawasan murni kerajaan itu dapat direalisas­ikan sesuai dengan aspirasi dan kehendak rakyat.

“Saya mahu para peserta program Mesej dapat mempelbaga­ikan ekonomi untuk mendapat pendapatan sampingan seperti aktiviti pertanian kontan dan perusahaan ternakan di kawasan Mesej.

“Oleh itu, saya berharap para peserta dapat meningkatk­an usaha dan tidak terlalu bergantung kepada satu sumber (Program Mesej) saja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja dua hari di Mesej Getah Kampung Kotud Kota Marudu, Mesej Kelapa Sawit Kampung Tukar Pitas, Mesej Burung Walit Kg Kiandut Pitas dan Program Kampung Sejahtera Kg Kobon Pitas.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, keduadua projek mesej di Mesej Getah Kampung Kotud dan Mesej Kelapa Sawit Kampung Tukar membuahkan hasil.

“Mesej Kelapa Sawit sudah mulai dituai dan Mesej Getah pula 60 peratus sudah boleh ditoreh tetapi belum lagi ada pemuktamad­an pesertanya. Bila peserta sudah dimuktamad­kan mereka terus mendapat hasil,” katanya.

Katanya, jumlah miskin tegar dan miskin di keduadua daerah itu menunjukka­n penurunan hasil peningkata­n ekonomi termasuk Program Mesej yang dilaksanak­an kerajaan.

“Bagaimanap­un, kajian atau penilaian semula penting kerana terdapat program yang dilaksanak­an sebelum ini tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Bagi kawasan Mesej yang sudah melibatkan peserta, saya mahu satu penilaian ke atas pendapatan sebenar peserta dibuat supaya kita boleh membuat analisa yang lebih terperinci samada program-program Mesej ini benar-benar berjaya atau sebaliknya,” katanya.

Ewon berkata, Program Mesej di Kota Marudu dan Pitas mencapai kejayaan yang baik dan berharap usaha itu dapat dipertingk­atkan lagi bagi memastikan lebih ramai peserta program itu keluar dari garis kemiskinan tegar dan miskin.

Bilangan penduduk Kota Marudu yang tersenarai dalam e-Kasih pada Januari 2018 ialah 3,401 dan pada Jun 2018 bertambah ke 3,550. Dari segi perbezaan antara miskin tegar dan miskin, pada Jan 2018 terdapat seramai 2,234 miskin tegar dan 1,167 miskin manakala pada Jun 2018 pula, bilangan miskin tegar berkuranga­n kepada 1,968 dan miskin 1,582 orang.

Mesej Kotud Kota Marudu bakal disertai 33 Ketua Isi Rumah (KIR), terletak 10.8 kilometer dari Pekan Kota Marudu dan boleh dihubungi melalui jalan Kotud (gravel sejauh 6.8 kilometer dari jalan utama).

Turut serta dalam lawatan itu Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Hj Dumi Pg Masdal, Timbalan Setiusaha Tetap KPLB Sualim Sanan, Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi, Pegawai Daerah Pitas Bubudan OT Majalu dan Pegawai Wilayah Skim dan Mesej Getah Sabah Alexius Modiun.

 ??  ?? EWON bergambar bersama pegawai-pegawai KPLB, Pejabat Daerah Kota Marudu, Pitas dan pegawai LIGS di Mesej Getah Kampung Tukar Kotud.
EWON bergambar bersama pegawai-pegawai KPLB, Pejabat Daerah Kota Marudu, Pitas dan pegawai LIGS di Mesej Getah Kampung Tukar Kotud.
 ??  ?? EWON (tengah) ketika melawat Mesej Kelapa Sawit Kampung Tukar Pitas.
EWON (tengah) ketika melawat Mesej Kelapa Sawit Kampung Tukar Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia