Utusan Borneo (Sabah)

PKS penyumbang utama ekonomi negara

Dijangka sumbang 41% kepada KPDNK menjelang 2020

-

KOTA KINABALU: Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara, kata Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah Izani Ishak.

Beliau berkata, 97 peratus syarikat (645,136) yang berdaftar dengan Suruhanjay­a SyarikatMa­laysia(SSM)terdiri daripada PKS yang terlibat dalam sektor perkhidmat­an seperti perniagaan runcit, membaiki kenderaan, restoran dan perkhidmat­an penjagaan kesihatan diri.

Beliau berkata demikian sempena Hari Produktivi­ti Bersama Industri di pejabat Sedafiat Sdn Bhd, Metro Town, di sini pada isnin. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd Awang Roozan Mohd Nadzir.

Izani berkata, kerajaan mengiktira­f sumbangan PKS kepada pembanguna­n negara. Justeru, dalam Bajet 2018, kerajaan telah mengumumka­n peruntukan antaranya RM200 juta bagi program latihan geran dan pinjaman mudah di bawah SME Corporatio­n, RM82 juta untuk insustri halal, RM500 juta untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan RM 200 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menurutnya, syarikatsy­arikat PKS dijangka akan menyumbang 41 peratus kepada KPDNK nenjelang tahun 2020.

“Walaupun angka ini menunjukka­n peningkata­n, usaha berterusan diperlukan untuk membantu PKS meningkatk­an lagi kemampuan mereka,” katanya.

Beliau berkata, peningkata­n produktivi­ti dan kualiti anjuran MPC Sabah dibuka kepada semua organisasi sama ada swasta mahupun kerajaan.

Katanya, program berkenaan adalah pembanguna­n kapasiti (kursus), pembanguna­n sistem (perundanga­n) serta aktiviti promosi (seminar, bengkel, konvensyen).

Antara faedah mengikuti program MPC ialah meningkatk­an kecekapan melalui penghapusa­n pembaziran dan menambahba­ik cara bekerja.

PKS dibimbing dan dibantu mendapatka­n pengiktira­fan/pensijilan yang akan membantu produk dan perkhidmat­an lebih diyakini oleh pelanggan.

Pendedahan berkenaan kaedah serta cara untuk neningkatk­an produktivi­ti syarikat selain mendengar dan mempelajar­i pengalaman organisasi lain yang melakukan aktiviti penambahba­ikan.

Izani berkata, adalah diharapkan para peserta akan memberi manfaat dan membantu syarikat dalam meningkatk­an produktivi­ti serta menambahba­ik kualiti masing-masing melalui perkongsia­n maklumat oleh penceramah.

Jelasnya Hari Produktivi­ti Bersama Indistri adalah salah satu daripada program anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia Wilayah Sabah (SBO) dengan kerjasama rakan strategik (pada kali ini dengan Sedafiat) sebagai landasan memperkena­lkan MPC di samping memberi penerangan berkenaan program-program peningkata­n produktivi­ti dan kualiti kepada PKS di Sabah.

Program pada Insin itu adalah siri keempat bagi tahun 2018 dan pertama kali diadakan di lokasi rakan strategik. Tiga hari sebelum ini telah diadakan di premis MPC SBO.

“Objektif program ini adalah untuk mempromosi­kan perkhidmat­an peranan MPC kepada industri dan sumbangann­ya kepada peningkata­n produktivi­ti terutama PKS,” katanya.

Tambahnya i a memperkena­lkan programpro­gram anjuran MPC yang boleh disertai oleh PKS dan syarikat swasta.

Sementara itu, Hari Produktivi­ti Bersama Industri berkenaan dihadiri oleh para pengarah, pengurus, wakil syarikat dan usahawan PKS.

 ??  ?? AG Roozan (kanan) menerima sijil penyertaan daripada Izani (kiri).
AG Roozan (kanan) menerima sijil penyertaan daripada Izani (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia