Utusan Borneo (Sabah)

Hakim bersara Mohamad Ariff dimasyhurk­an Yang Dipertua Dewan Rakyat

-

KUALA LUMPUR: Hakim bersara Datuk Mohamad Ariff Yusof dimasyhurk­an sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan, pada Isnin.

Mohamad Ariff, 69, merupakan calon tunggal yang dikemukaka­n untuk memegang jawatan itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulka­n pencalonan Mohamad Ariff sejurus persidanga­n Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi, Isnin.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada undi diadakan memandangk­an hanya satu nama dicadangka­n.

Beliau dimasyhurk­an oleh Setiausaha Dewan Rakyat DatukRoosm­eHamzahden­gan simbolik pemakaian jubah agung Yang Dipertua Dewan Rakyat dan diikuti istiadat angkat sumpah jawatan.

Mohamad Ariff, yang merupakan hakim Mahkamah Rayuan sebelum bersara pada 2015, terkenal dengan penghakima­nnya yang adil dan tidak memihak antaranya seperti krisis perlembaga­an negeri Perak pada 2009 dan kontrovers­i berhubung kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal siasat oleh Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia.

Beliau arif dalam undang-undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembaga­an dan undangunda­ng pentadbira­n.

Sementara itu, anggota Parlimen Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon dan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu menerusi undian bersurat.

Rashid dan Nga masingmasi­ng mendapat 171 dan 124 undi, menewaskan calon tunggal yang diusulkan pihak pembangkan­g iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang hanya mendapat 93 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia