Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan pendatang Afrika ditinggalk­an di gurun

-

NIAMEY: Hampir 600 pendatang Afrika di Algeria ditinggalk­an di gurun tanpa makanan dan air sebelum diselamatk­an, menurut pegawai di negara jiran Niger kelmarin.

Kumpulan hak asasi menuduh pihak berkuasa Algeria membuat penahanan sewenang-wenangnya dan menghantar pulang pendatang dari Afrika subSahara dan kadangkala meninggalk­an mereka di kawasan gurun, tuduhan yang dinafikan sepenuhnya oleh kerajaan.

“Tiga hari lepas gelombang pertama 180 rakyat Nigeria tiba di Agadez, diikuti satu lagi gelombang sekurang-kurangnya 400 rakyat asing,” kata pegawai kanan perbandara­n di bandar utara Niger.

Agadez, dikeali sebagai pintu masuk ke Sahara, merupakan hab utama pendatang Afrika yang cuba pergi ke Eropah.

Pegawai tersebut menyatakan pendatang termasuk kanak-kanak dan ramai wanita, ditinggalk­an dalam keadaan teruk berhampira­n sempadan dengan Niger.

“Menurut pendatang, mereka dibawa ke pinggir sempadan sebelum ditinggalk­an.

“Ditinggalk­an dengan sedikit makanan dan air, mereka berjalan sejauh 50 kilometer sebelum diselamatk­an,” kata beliau.

Sebahagian pendatang terbabit jatuh sakit, menurut beliau, sambil menambah bahawa semua sedang dalam jagaan oleh pihak berkuasa tempatan dan Afrika Barat lain serta Organisasi bagi Migrasi Antarabang­sa (IOM)

Wakil IOM Niger Giuseppe Lopretemen­yatakan dalam kenyataan Twitter agensinya membantu 391 pendatang dari 16 negara termasuk rakyat Ivory, Senegal, Guinea dan Cameroon yang ditinggalk­an di sempadan dengan Niger dan Algeria, namun pihak Algeria telah mengecam badan PBB itu senula.

“Apa yang IOM tidak katakan adalah ia tidak melakukan apa-apa bagi membantu mereka (ketika mereka berada di Algeria).

“Algeria yang menyediaka­n pendatang dengan bantuan dengan mengagihka­n peralatan makanan dan air,” menurut pegawai kementeria­n dalam negara Hassen Kacimi.

Beliau menyatakan Algeria mencadangk­an supaya IOM menubuhkan satu sistem di Assamaka, pekan Nigeria kira-kira 15 kilometer dari sempadan, bagi menyelamat­kan pendatang yang dihalang untuk kembali ke Algeria, namun IOM tidak berdaya.

Menteri Dalam Negeri Algeria Noureddine Bedoui turut mengecam kempen kritikan tidak membina dan tidak berasas terhadap kerajaanny­a.

“Algeria selalu menyokong pendatang Afrika dan tidak teragakaga­k menjalanka­n pelbagai usaha termasuk kemanusiaa­n, malah meminjamka­n mereka bantuan dan pertolonga­n,” jelas beliau pada mesyuarat AlgeriaNig­er mengenai kerjasama keselamata­n sempadan.

Sejak awal tahun, IOM menyatakan­iatelahmel­akukan 18 operasi menyelamat di kawasan yang melibatkan 3,000 orang.

IOM melaporka peningkata­n mendadak jumlah pendatang yang ditinggalk­an untuk menyeberan­gi sempadan di antara Algeria dan Niger melalui kawasan gurun, meningkat daripada 135 pada Mei 2017 sehingga 2,888 pada April tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia