Utusan Borneo (Sabah)

UPF, Kolej EduFly taja biasiswa

Biasiswa penuh secara percuma bernilai RM12 juta

-

KOTA KINABALU: Prestasi dalam akademik kurang memuaskan? Kekurangan dalam sokongan kewangan? Biasiswa UPF kini dibuka untuk permohonan! Sila buat panggilan untuk temuduga segera!

Universal Peace Federation­s (UPF) telah menandatan­gani memorandum kerjasama dengan Kolej EduFly untuk mempromosi­kan satu pelan kebajikan, memaja sebanyak 300 pax biasiswa penuh secara percuma, dengan jumlah nilai RM12 juta.

Biasiswa ini memberikan peluang untuk mengikuti program Diploma Pentadbira­n Perniagaan atau Diploma Pengurusan Pelanconga­n di Kolej EduFly secara percuma.

UPF adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kedudukan sebagai perunding khas dengan Majlis Ekonomi dan Sosial dalam Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu.

Ia menawarkan program bantuan dan kemanusiaa­n, projek perkhidmat­an pembelajar­an, pendidikan perwatakan dan program sukan dengan tumpuan khusus kepada kepimpinan peribadi dan kemahiran dalam peny- emaian aman damai sepanjang tahun.

Pengarah Urusan Kolej EduFly Yap Keong Foon berkata selepas beliau dilantik sebagai ‘Duta Perdamaian’ oleh UPF, beliau berazam untuk menyokong gerakan keamanan dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, yuran pengajian untuk Diploma Pentadbira­n Perniagaan (jurusan pemasaran digital) adalah RM40,000 dan program dua tahun ini membolehka­n pelajar mempelajar­i kemahiran pemasaran dalam talian atau online.

Semangat untuk melanjutka­n pembelajar­an masih terbakar meskipun tidak berprestas­i baik dalam akademik dan kurang sokongan kewangan? Jangan putus asa! Andalah calon yang kita cari! Anda boleh menjana pendapatan semasa belajar! Daftarlah dengan segera!

Latihan praktikal perdaganga­n dalam talian adalah teras kursus. Kursus ini membolehka­n para pelajar menjalanka­n latihan dan praktik secara komprehens­if dalam urusniaga, pengurusan dan operasi kedai dalam talian.

Di samping itu, selaras dengan tujuan dan misi UPF, ini adalah tajaan biasiswa program kepimpinan perwatakan. Mereka yang telah menerima biasiswa percuma ini akan dapat peluang keemasan untuk mencapai matlamat kehidupan peribadi dan kerjaya mereka.

Selain itu, impian mereka untuk maju ke arah memperoleh pendidikan tinggi juga dapat direalisas­ikan. Dengan aktif mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti perkhidmat­an masyarakat anjuran UPF selepas waktu persekolah­an, pelajar akan menerima latihan komprehens­if, mengalami transforma­si persendiri­an, dari segi keperibadi­an intrinsik dan kepakaran luaran.

Tajaan biasiswa UPF penuh secara percuma kini boleh didapati untuk lepasan SPM, iaitu pemuda berumur 18 hingga 30 tahun. Mereka yang memohon Diploma mesti memenuhi kelayakan sekurang-kurangnya tiga kredit dalam SPM; manakala sijil terbuka kepada semua graduan SPM. Sekiranya perlu, UPF akan membantu pelajar mencari penginapan dan peluang pekerjaan sambilan.

Sekiranya berminat, sila menghubung­i Mr You 0179231792 (Kuala Lumpur), Ms Ong 013-5148318 (Malaysia Utara), Ms Pauline 016-3531080 (Sabah) dan Mr Simon 014-6236296 (Sarawak) untuk maklumat lanjut.

“Yuran pengajian untuk Diploma Pentadbira­n Perniagaan (jurusan pemasaran digital) adalah RM40,000 dan program dua tahun ini membolehka­n pela“jar mempelajar­i kemahiran pemasaran dalam talian atau online. YAP KEONG FOON Pengarah Urusan Kolej EduFly

 ??  ?? DARI KIRI: Ng Shu Lin, Sudesh Balasubram­aniam, Yutaka Yamada, Tan Sri Dr Devaki Ayathurai Krishnan, Yap Keong Foon dan Jacky Ng.
DARI KIRI: Ng Shu Lin, Sudesh Balasubram­aniam, Yutaka Yamada, Tan Sri Dr Devaki Ayathurai Krishnan, Yap Keong Foon dan Jacky Ng.
 ??  ?? DARI KIRI: Ng Shu Lin bersama Sudesh Balasubram­aniam dan disertai oleh Yutaka Yamada serta Tan Sri Dr Devaki Ayathurai Krishnan, menyerahka­n replika cek bernilai RM12 juta kepada Yap Keong Foon dan Jacky Ng.
DARI KIRI: Ng Shu Lin bersama Sudesh Balasubram­aniam dan disertai oleh Yutaka Yamada serta Tan Sri Dr Devaki Ayathurai Krishnan, menyerahka­n replika cek bernilai RM12 juta kepada Yap Keong Foon dan Jacky Ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia