Utusan Borneo (Sabah)

P&P muzik kanak-kanak guna kaedah bertaraf dunia

-

KOTA KINABALU: Kaedah bertaraf dunia digunakan bagi pengajaran dan pembelajar­an (P&P) perkembang­an awal muzik kanak-kanak menerusi pendekatan Orff, Kodaly dan Dalcroze.

Wakil Dekan Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan (FKSW) Profesor Dr Dzurizah Ibrahim berkata melalui pendekatan yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa itu, guru muzik dapat meningkatk­an kemahiran praktikal semasa melakukan aktiviti ‘handson’ dengan alat-alat perkusi berpic dan tanpa pic.

PENYAMPAIA­N replika cek berjumlah RM5,000 oleh Pengarah The Music Place Abby Lim (dua dari kanan) kepada Dzurizah (dua dari kiri).

“Di samping itu, guru muzik dapat meningkatk­an kefahaman perkembang­an muzik awal kanak-kanak melalui aktiviti pergerakan badan.

“Melalui Bengkel ‘Early Childhood Music Level II’, dapat memberi latihan kepada kaedah pengajaran dan pembelajar­an melalui pendekatan Orff, Kodaly dan Dalcroze yang disampaika­n oleh pensyarah Universiti Hawaii Dr Loong Chet Yeng,” jelasnya ketika merasmikan bengkel itu di sini, pagi Isnin.

Bengkel anjuran Unit Penyelidik­an Warisan Borneo, Program Muzik, FKSW dan The Music Place itu merupakan lanjutan daripada bengkel tahap satu yang diadakan pada tahun lepas.

Seramai 36 peserta dari Sabah dan Semenanjun­g Malaysia serta lima peserta luar negara iaitu Macao, Korea, Guangzhou dan Brunei yang menghadiri bengkel itu bermula 16 hingga 20 Julai 2018.

 ??  ?? DZURIZAH merasmikan Bengkel Early Childhood Music Level II.
DZURIZAH merasmikan Bengkel Early Childhood Music Level II.
 ??  ?? PARA peserta bengkel yang menghadiri Early Childhood Music Level II.
PARA peserta bengkel yang menghadiri Early Childhood Music Level II.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia