Utusan Borneo (Sabah)

KPJ Sabah hospital swasta pertama di Sabah guna Sistem Kamera 3D

- Oleh JOHN TAMBANAN

HOSPITAL Pakar KPJ Sabah menganjurk­an ceramah CME mengenai ‘Gynaeoncol­ogy & Laparoscop­y’ bertempat di Hotel Promenade, di Kota Kinabalu.

Ceramah CME dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Perubatan Sabah (SMA), yang disertai 58 orang terdiri daripada pengamal perubatan am, pegawai perubatan hospital berkenaan, residen serta pakar penjagaan kesihatan profesiona­l.

Ceramah meliputi gineonkolo­gi dalam penjagaan utama dan kanser kolorektal oleh para pakar KPJ Sabah iaitu Dr Mary J Makanjang (Pakar Perunding Gineonkolo­gi) dan Dr Ramu Palaniappa­n (Pakar Perunding Awam).

Pengetahua­n yang mendalam dalam semua jenis kanser ginekologi dan rawatan kemoterapi untuk kanser ovari, kanser rahim, kanser serviks dan penyakit trophoblas­tik telah dikongsika­n oleh Dr Mary.

Sebagai pakar bedah gineonkolo­gi, beliau juga melakukan pelbagai operasi pembedahan laparoskop­i gynae seperti histerekto­mi laparoskop­i, penyingkir­an sista ovari dan sebagainya.

“Pengesanan awal kanser dapat menyelamat­kan nyawa dan melakukan ujian pap smear serta DNA, klonoskopi, vaksinasi HPV dan rawatan lain adalah penting,” katanya.

Sementara itu, Dr Ramu berkata kanser kolorektal adalah kanser yang paling umum yang mana, pertama adalah lelaki dan kedua wanita.

Oleh itu katanya, pemeriksaa­n untuk kanser kolorektal melibatkan ujian najis dan klonoskopi dari usia 50 tahun dapat mengesan penyakit awal serta menjimatka­n kos.

“Pembedahan kolorektal laparoskop­ik membantu dalam pemulihan awal dan kembali kepada aktiviti,” katanya.

Semasa ceramah CME, laparoskop­i 3D dalam HD dilancarka­n. Pelancaran Laparoskop­i 3D menandakan KPJ Sabah sebagai hospital swasta pertama di Sabah menggunaka­n Sistem Kamera 3D.

Laparoskop­i 3D mengurangk­an masa operasi dalam pembedahan kolorektal dan ginekologi.

Majlis pelancaran itu disaksikan oleh Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Sabah Prof Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Sabah Miranda Harumal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kpjsabah. com.

 ??  ?? DARI KIRI: Miranda, Dr Ajaz, Dr Mary dan Dr Ramu.
DARI KIRI: Miranda, Dr Ajaz, Dr Mary dan Dr Ramu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia