Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan saksi perlawanan akhir Piala Dunia bersama pemimpin di Dataran Merdeka

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 5,000 peminat bola sepak menyaksika­n perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang ditayangka­n melalui skrin gergasi di Dataran Merdeka, di sini malam Ahad lepas bersama beberapa pemimpin negara.

Pemimpin negara yang hadir antaranya ialah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Wilayah Khalid Abd Samad dan Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Pada aksi final di Stadium Luzhniki, Moscow itu, juara edisi 1998, Perancis bertemu Croatia yang mara ke final buat kali pertama.

Syed Saddiq menyatakan kegembiraa­n melihat rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, terutamany­a anakanak muda hadir menyaksika­n tayangan itu bersama keluarga.

“Ini membuktika­n bahawa sukan ini berjaya menyatupad­ukan semua. Perkara ini patut dijadikan teras utama sukan di sebalik menang trofi kerana ia merupakan ejen penyatuan yang kukuh,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam Ahad lepas.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya berkata tayangan menerusi skrin led bersaiz 100x50 kaki (30.48x15.24 meter) itu malam ini merupakan tayangan skrin led terbesar di Malaysia.

Turut hadir ialah duta dan pegawai dari kedutaan Perancis dan Croatia.

Sementara itu, di KUALA PILAH, kira-kira 500 belia hadir Fiesta World Cup Belia Parlimen Kuala Pilah yang berlangsun­g di perkaranga­n pejabat Anggota Parlimen Kuala Pilah malam Ahad lepas.

Program tersebut dirasmikan oleh Anggota Parlimen Kuala Pilah yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PARApenyok­ongbolasep­ak menyaksika­n perlawanan akhirPiala­DuniaRussi­a2018 antara Perancis menentang Croatia menerusi skrin layar gergasi di Dataran Merdeka malam Ahad.
- Gambar BERNAMA PARApenyok­ongbolasep­ak menyaksika­n perlawanan akhirPiala­DuniaRussi­a2018 antara Perancis menentang Croatia menerusi skrin layar gergasi di Dataran Merdeka malam Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia