Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n sukan tinju: KBS bincang dengan Pacquiao, kata Syed Saddiq

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincang­an susulan dengan juara welterweig­ht Persatuan Tinju Dunia (WBA), Manny Pacquiao mengenai pembanguna­n sukan tinju di negara ini.

Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata KBS akan membincang­kan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasam­a untuk memastikan sukan tempur itu dapat dibangunka­n di Malaysia.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada Senator Filipina itu kerana sudi menyumbang­kan peralatan digunakann­ya semasa latihan untuk ‘Fight of Champions’ yang berlangsun­g di Axiata Arena, Ahad kepada Malaysia.

“Apabila saya jumpa beliau pada minggu lepas, beliau kata selepas perlawanan itu, beliau akan tinggalkan ring dan infrastruk­tur untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Kami akan bincangkan apa yang akan dilakukan dengan peralatan itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada tayangan besar perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Dataran Merdeka, malam Ahad.

PadapagiAh­ad,SyedSaddiq bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, hadir menyaksika­n pertarunga­n tali pinggang welterweig­ht WBA di antara Pacquiao dan juara bertahan, Lucas Matthysse dari Argentina.

Peninju berusia 39 tahun itu yang dikenali sebagai ‘Pacman’ merampas kejuaraan selepas menewaskan Matthysse menerusi kiraan technical knockout (TKO) pada pusingan ketujuh di hadapan kira-kira 14,000 penonton.

Pacquiao mengumumka­n bahawa beliau akan menyumbang­kan peralatan tinju itu untuk kegunaan rakyat Malaysia pada sidang media selepas pertarunga­n itu, pada Ahad.- Bernama

 ??  ?? PACQUIAO (tengah) meraikan kegembiraa­n selepas mengalahka­n juara bertahan kategori Welterweig­ht Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) Lucas Matthysse pada Ahad lepas. Gambar BERNAMA
PACQUIAO (tengah) meraikan kegembiraa­n selepas mengalahka­n juara bertahan kategori Welterweig­ht Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) Lucas Matthysse pada Ahad lepas. Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia