Utusan Borneo (Sabah)

Stadium Utama KST venue alternatif perlawanan Liga Malaysia?

Untuk perlawanan Liga Malaysia skuad Sabah FA

- Oleh AMIR ANUAR TEMPAT duduk berbumbung Stadium Utama KST yang boleh memuatkan seramai 2, 000 orang pada satu-satu masa dipenuhi oleh peminat-peminat bola sepak

TAWAU: Peminat bola sepak di Pantai Timur mungkin berpeluang untuk menyaksika­n perlawanan Liga Perdana, Piala Malaysia atau Piala FA di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau (KST) pada musim baharu.

Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata berkata perbincang­an sudah dilakukan dengan Menteri Belia dan Sukan, dan setakat ini masih di peringkat persetujua­n lisan.

“Kalau boleh kita minta beberapa perlawanan penting dalam Liga Malaysia yang melibatkan aksi pasukan negeri (Sabah FA) supaya dibawa ke Tawau,” katanya.

Sarifuddin­berkatapih­aknya mencadangk­an KST menjadi venue alternatif untuk Sabah FA mengharung­i saingan dalam Liga Malaysia selain venue utama di Stadium Likas.

Menurutnya, cadangan KST sebagai venue alternatif bukan hanya untuk peminat bola sepak di Tawau, tetapi juga kepada penduduk Kunak, Lahad Datu dan Semporna.

Menyentuh mengenai Karnival Piala Dunia 2018 di KST di sini pada Ahad, yang dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung, beliau menyifatka­nnya sebagai sambutan luar jangkaan.

“Mulanya idea ini hanyalah gurauan sahaja, ketika saya ajukan pertanyaan di Facebook jika ada belia atau orang kampung yang sudi jemput saya menonton Piala Dunia bersama.

“Tetapi maklumbala­s diterima begitu memberangs­angkan, bukan sahaja belia dari Merotai yang mahu, tetapi ada juga permintaan dari Keningau dan Lahad Datu,” katanya.

Berikutan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai mengadakan perbincang­an dengan Menteri Belia dan Sukan untuk mengadakan program itu di KST.

Mengulas lanjut, Tawau disifatkan masih kekurangan aktiviti menarik untuk belia, justeru pihaknya merancang mengadakan programpro­gram baharu pada masa akan datang.

“Kita mengharga belia kerana membantu ‘memenangka­n’ Warisan di Sabah, dan kita memang akui peranan mereka, jadi kita tidak boleh lupakan golongan ini.

“Lebih-lebih lagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangk­an kemungkina­n penurunan had umur layak mengundi pada usia 18 tahun,” katanya.

Untuk rekod, pelbagai acara diadakan sempena karnival terbabit, antaranya pertanding­an sembilan sebelah, timbang bola, liga penalti, tendangan paling jauh dan sebagainya.

“Kalau boleh kita minta beberapa perlawanan penting dalam Liga Malaysia yang melibatkan aksi pasukan negeri ” (Sabah FA) supaya dibawa ke Tawau. SARIFUDDIN HATA Pembantu Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SARIFUDDIN meraikan pasukan Sri Aman yang muncul johan dalam pertanding­an sembilan sebelah.
SARIFUDDIN meraikan pasukan Sri Aman yang muncul johan dalam pertanding­an sembilan sebelah.
 ??  ?? SARIFUDDIN (dua kanan) bersama sebahagian jawatankua­sa penganjur dan peminat bola yang hadir menyaksika­n perlawanan akhir Piala Dunia di KST.
SARIFUDDIN (dua kanan) bersama sebahagian jawatankua­sa penganjur dan peminat bola yang hadir menyaksika­n perlawanan akhir Piala Dunia di KST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia