Utusan Borneo (Sabah)

Salehuddin pertikai tarikh berasingan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Bekas pemain bola sepak negeri Sabah, Haji Salehuddin Anoi mempertika­ikan tiga tarikh berasingan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) kepada calon, 26 gabungan SAFA dan pengesahan kehadiran perwakilan sebelum Kongres Tahunan persatuan itu pada 11 Ogos depan.

“Tiga tarikh berasingan itu amat mengeliruk­an terutamany­a kepada caloncalon yang bertanding merebut jawatan tertinggi SAFA iaitu jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden,” katanya.

Beliau yang juga mantan Setiausaha SAFA Zon Sandakan meminta SAFA agar meletakkan satu tarikh sahaja untuk calon menghantar borang pencalonan, 26 gabungan SAFA membayar yuran dan pengesahan kehadiran perwakilan bukannya diasingkan dan mengeliruk­an semua pihak.

“Letak satu tarikh sahaja agar semua pihak tidak keliru dan memudahkan semua pihak,” katanya kepada Utusan Borneo disini pada Isnin.

Ditanya mengenai calon presiden, Haji Salehuddin memberitah­u biarlah calon yang diberi mandat pada 11 Ogos depan adalah calon yang seiring dengan kerajaan negeri hari ini seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman yang bakal bertanding bagi jawatan itu dan Haji Abdul Hamid Apdal bagi jawatan Timbalan Presiden.

“Kepada 56 perwakilan dari 26 gabungan SAFA perlu memberi sokongan kepada dua calon ini agar pembanguna­n bola sepak di negeri ini seiring dengan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal,” katanya.

Beliau berharap agar para perwakilan dapat memilih dua calon berkenaan (Azis Jamman dan Haji Abdul Hamid Apdal) yang disifatkan­nya sebagai satu perubahan dalam SAFA dan meningkatk­an pembanguna­n bola sepak negeri ini.

Difahamkan setakat ini terdapat tiga orang calon yang akan bertanding bagi jawatan Presiden SAFA pada Kongres Tahunan SAFA Ogos depan.

Jawatan presiden dipertandi­ngkan ekoran perletakka­n jawatan penyandang­nya, Tan Sri Musa Aman.

Dan kekosongan jawatan timbalan presiden yang sebelum ini disandang oleh mantan Menteri Belia dan Sukan Sabah Allahyarha­m Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Lawrence Gimbang.

 ??  ?? SALEHUDDIN
SALEHUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia