Utusan Borneo (Sabah)

PUWGS dilancar di Sandakan

Platform usahawan wanita berkumpul, bertukar pandangan dan berkongsi ilmu

-

USAHAWAN

wanita setempat dikenalpas­ti berdepan beberapa kekangan seperti keyakinan diri dan kewangan dalam usaha membangun dan mengembang­kan perniagaan masingmasi­ng.

Sejajar dengan itu, Pertubuhan Usahawan Wanita Gemilang Sandakan (PUWGS) telah dilancarka­n di salah sebuah hotel di Sandakan pada Ahad bagi membantu golongan usahawan wanita khususnya di daerah ini.

Bercakap kepada media selepas melancarka­n PUWGS, Presiden IKSnita Sabah yang juga Penasihat PUWGS, Datuk Hajah Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata pertubuhan itu akan menjadi platform terbaik untuk usahawan wanita di daerah ini berkumpul, bertukar-tukar pandangan dan maklumat serta menimba ilmu dalam bidang perniagaan.

Selain itu katanya, melalui persatuan, lebih banyak program akan dikongsika­n berikutan ketika ini kebanyakan program keusahawan­an tidak sampai kepada golongan usahawan di luar daerah.

“IKSnita lebih fokus di Kota Kinabalu. Tetapi dalam masa yang sama, kami ingin membantu usahawan wanita yang berada luar dari daerah ini agar sama-sama berjaya.

“Disebabkan kekangan masa dan lokasi, oleh itu saya berjumpa dan meminta dengan usahawan di Sandakan untuk menubuhkan PUWGS. Dengan berpersatu­an, akan lebih memudahkan kami untuk membantu dan berkongsi sebarang maklumat atau program dengan usahawan di daerah ini.

“Dalam masa yang sama, kami boleh mengenalpa­sti sebarang masalah ataupun kekangan yang dihadapi oleh usahawan di setiap daerah. Kami akan cuba sampaikan kekangan ini kepada pihak yang berkaitan,” katanya.

Selain Sandakan, Khatijah juga akan pergi ke daerah lain dan meminta usahawan wanita setempat untuk menubuhkan persatuan masing-masing.

Pada akhir tahun ini, beliau menjangkak­an sekurang-kurangnya 10 persatuan atau pertubuhan dari setiap daerah di Sabah akan bergabung menjadi satu agar suara mereka lebih kuat dan didengari.

Sementara itu, Presiden PUWGS Rojita Sapri berkata pihaknya mengalualu­kan penyertaan lebih ramai usahawan wanita di daerah ini untuk bergelar ahli PUWGS.

Ketika ini, PUWGS telah mempunyai lebih 30 ahli terdiri daripada usahawan wanita di Sandakan, Beluran dan Kinabatang­an.

“Kami mengalu-alukan usahawan wanita yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan samada kecil atau sederhana untuk menyertai pertubuhan ini. Banyak faedah dan kebaikan bagi memaju dan mengembang­kan lagi perniagaan ke arah yang lebih sukses dan berdaya saing,” jelasnya.

Antara kelebihan menjadi ahli PUWGS termasuk tawaran Kursus Ilmu Usahawan seperti asas perniagaan, teknik pemasaran, pembungkus­an, label dan kod bar serta bisnes modul kanvas.

Selain itu, ahli juga berpeluang memohon dana sehingga RM50,000 dan mengekspor­t produk ke luar negara.

Rojita berkata, sebagai langkah permulaan, lima ahli PUWGS bersama ahli IKSnita akan mengikuti pameran produk di bawah Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Martrade) pada 25-28 Ogos depan di Manila, Filipina.

“IKSnita lebih fokus di Kota Kinabalu. Tetapi dalam masa yang sama, kami ingin membantu usahawan wanita yang berada luar dari daerah ini agar sama-sama berjaya. Disebabkan kekangan masa dan lokasi, oleh itu saya berjumpa dan meminta dengan usahawan di Sandakan untuk menubuhkan PUWGS. Dengan berpersatu­an, akan lebih memudahkan kami untuk membantu dan berkongsi sebarang maklumat atau program dengan usahawan di daerah ini. ”

DATUK HAJAH DAYANG KHATIJAH DATU BACHTIYAL Presiden IKSnita Sabah/Penasihat PUWGS

 ??  ?? (Gambar kanan) KHATIJAH bersama barisan AJK PUWGS.
(Gambar kanan) KHATIJAH bersama barisan AJK PUWGS.
 ??  ?? (Gambar atas) ROJITA (dua, kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Khatijah.
(Gambar atas) ROJITA (dua, kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Khatijah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN produk yang dipamerkan sempena perasmian dan pelancaran PUWGS.
SEBAHAGIAN produk yang dipamerkan sempena perasmian dan pelancaran PUWGS.
 ??  ?? KHATIJAH (tengah) memotong riben sebagai simbolik pelancaran penubuhan PUWGS.
KHATIJAH (tengah) memotong riben sebagai simbolik pelancaran penubuhan PUWGS.
 ??  ?? ANTARA pameran produk yang diusahakan oleh usahawan wanita di bawah PUWGS.
ANTARA pameran produk yang diusahakan oleh usahawan wanita di bawah PUWGS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia