Utusan Borneo (Sabah)

Zaitun kunjungi Pusat Pembelajar­an Autisme UMSKAL

-

ISTERI Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad iaitu Prof Dr Zaitun Abu Bakar telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajar­an Kanak-Kanak Autisme, UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada Jumaat.

Beliau yang juga penaung Puspanita Kementeria­n Wilayah Persekutua­n diberi taklimat berkaitan pengurusan pusat itu oleh Pengerusi Pusat Autisme Labuan Shaffry Mohd Sarif.

Turut hadir, Pengerusi Puspanita KWP Datuk Aslinah Mohd Ariffin dan Pengerusi Puspanita Labuan Datin Nuraini Mohammed Hanafiah.

Pada majlis itu, Puspanita turut menyumbang­kan set peralatan mewarna untuk 30 kanak-kanak autisme.

Shaffry mengucapka­n terima kasih atas kunjungan rombongan isteri Menteri Wilayah Persekutua­n dan Puspanita Labuan ke Pusat Autisme UMSKAL.

Beliau yakin menerusi kunjungan itu, lebih banyak pihak khususnya di KWP mengetahui kewujudan Pusat Autisme Labuan yang terletak di UMS Labuan.

“Pusat Autisme Labuan yang terletak di UMSKAL sentiasa mengalu-alukan kunjungan dan sokongan daripada pelbagai pihak sekaligus sebagai tanda kasih sayang terhadap kanak-kanak autisme,” katanya.

Shaffry tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada pengurusan UMS dan Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik yang banyak memberikan bantuan dan sokongan moral dan kewangan kepada pusat berkenaan.

Ia merupakan kunjungan kali pertama Menteri Wilayah Persekutua­n ke Labuan bersama isteri sejak dilantik sebagai menteri.

Terdahulu, Zaitun telah menghadiri majlis suaikenal bersama AJK Puspanita Labuan yang diadakan Menara Perbadanan Labuan.

 ??  ?? ZAITUN (kanan) mendengar taklimat mengenai Pusat Austisme UMSKAL daripada Shafry.
ZAITUN (kanan) mendengar taklimat mengenai Pusat Austisme UMSKAL daripada Shafry.
 ??  ?? ZAITUN (empat kanan) bersama AJK Puspanita Labuan.
ZAITUN (empat kanan) bersama AJK Puspanita Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia