Utusan Borneo (Sabah)

Tradisi melangkaui lima generasi

Majlis Silaturahi­m dan Sukaneka

-

SUASANA gamat dan ceria sudah dirasai sejak awal acara, kerana Sabtu itu merupakan julung kalinya Generasi Sampai Hajat (GSH) menganjurk­an Majlis Silaturahi­m dan Sukaneka.

Hijau, ungu, kuning, biru dan merah jambu warna perca kain yang diikat pada tangan 200 ahli yang hadir, mewakili lima generasi dalam pengagihan kumpulan untuk acara sukaneka yang diadakan petang itu.

Dalam kemeriahan sahutan sorakan sepanjang acara itu berlangsun­g, penulis berkesempa­tan berbual dengan tiga adik beradik daripada generasi ketiga keturunan Tarbu Sulai dan Talib Pakir.

Generasi ketiga yang masih ada antaranya tiga beradik iaitu Siti Hawa, Siti Miah dan Siti Nabiah yang merupakan cucu Tarbu Sulai daripada anak pertama mereka iaitu Tiah dan suaminya Ismail Rejab.

“Selepas beberapa kali perancanga­n tidak menjadi, akhirnya hari ini berjaya juga hasrat kami melihat sanak saudara dan anak cucu berkumpul.

“Kalau bukan kali ini, kami pun tidak pasti kalau masih sempat berkumpul lagi tahun hadapan, insyaAllah kalau panjang umur dan masih ada rezeki tahun depan pasti lebih meriah,” ujar mereka.

Keluarga Tarbu Sulai dan Talib Pakir sebenarnya dikenali dengan kebolehan bermain alat muzik kulintanga­n. Kebolehan itu telah diwarisi hingga generasi ke empat kini.

“Kulintanga­n yang kami ada adalah warisan daripada nenek kami yang mempunyai satu set sembilan kulintanga­n beserta dua gong, dua gendang dan satu bandil.

“Sejak dahulu, keluarga kami sering memainkan kulintanga­n di majlis-majlis keramaian. Rata-rata ibu dan bapa saudara semuanya pandai bermain alat muzik itu, diikuti generasi kami hingga anak-anak.

“Sebelum ini, setiap kali ada tetamu yang datang berziarah, kami akan mainkan kulintanga­n sebagai hiburan, tetapi selepas ibu meninggal, alat itu kami simpan di dalam bilik,” kata Siti Hawa.

Tambahnya, terdapat pantang larang yang perlu diikut dalam mengendali­kan kulintanga­n iaitu alat muzik itu tidak boleh dilangkah, manakala setiap kali sebelum ingin memainkann­ya, perlu ditan- gas terlebih dahulu.

Menurutnya, kulintanga­n perlu ditangas supaya dapat mengeluark­an bunyi yang baik ketika dimainkan, jika pemain dapat menguasai tiga rentak muziknya, barulah boleh dikatakan mahir.

Tiga beradik ini juga berbangga dengan kemahiran mereka dalam seni anyaman, malahan seni itu turut dibingkaik­an dan diletak di dinding rumah sebagai hiasan.

“Sayangnya kemahiran ini tidak diwarisi oleh anak cucu, mungkin sebab mereka tidak berminat untuk belajar, lagi pun agak susah untuk mendapatka­n daun pandan berduri sekarang ini, sebab kalau pandan biasa, anyaman itu akan cepat putus.

“Anyaman ini dinamakan tikar Bajau, antara hiasan di pelamin tradisi suku kaum Bajau. Membuatnya agak remeh kerana selepas dibuang durinya, daun panperlu dan di warna sebelum dipotong kecil supaya mudah dianyam.

“Menyiapkan­nya memakan masa berminggu dan adakala mata menjadi sakit dan kepala menjadi pening, tetapi nilainya agak tinggi jika dijual hampir RM2,000.

“Tapi yang dibingkaik­an ini hanya bernilai RM200, sengaja kami letak di sini untuk dijadikan kenangan anak cucu kami, kerana selepas kami suda tiada mereka yang akan meneruskan tradisi ini,” katanya.

Menantu kepada Tiah dan Ismail, Juliana Tinggal, 49, pernah berimpian untuk membina sebuah pusat pelanconga­n yang menyediaka­n bengkel menganyam tikar dan kelas mengajar kulintanga­n.

Namun impian itu tidak terlaksana disebabkan kekurangan tenaga pandai kerana beliau mendapat idea itu juga selepas ibu mertuanya sudah uzur.

“Tikar yang dianyam ini juga idea kami untuk dibingkaik­an supaya seni itu dijaga dan dipelihara kerana dengan proses pembuatann­ya yang rumit, tikar ini sebenarnya sangat bernilai.

“Pengalaman yang saya ada sepanjang bertugas di Balai Bomba juga yang saya gunakan untuk penganjura­n majlis hari ini, saya kuatkan tekad untuk teruskan kerana generasi lama dalam keluarga semakin ramai yang tiada.

“Dengan penganjura­n ini, sekurang-kurangnya untuk mencipta kenangan buat keluarga kami, mujur ahli keluarga juga mudah memberikan kerjasama dalam mengeluark­an kos dan menyediaka­n juadah,” ujar Juliana.

 ??  ?? SITI Nabiah, Siti Hawa dan Siti Miah bangga menunjukka­n tikar baju hasil kerja tangan mereka. dan direbus,
dilurut ANTARA acara sukaneka yang dijalankan.
SITI Nabiah, Siti Hawa dan Siti Miah bangga menunjukka­n tikar baju hasil kerja tangan mereka. dan direbus, dilurut ANTARA acara sukaneka yang dijalankan.
 ??  ?? SALAH seorang bayi yang berpangkat piut dalam keluarga ini. ANTARA lima generasi Keluarga Tarbu Sulai dan Talib Pakir yang sempat dirakamkan sebelum sukaneka dimulakan.
SALAH seorang bayi yang berpangkat piut dalam keluarga ini. ANTARA lima generasi Keluarga Tarbu Sulai dan Talib Pakir yang sempat dirakamkan sebelum sukaneka dimulakan.
 ??  ??
 ??  ?? ACARA penyampaia­n hadiah dilakukan sebelah malam selepas jamuan makan.
ACARA penyampaia­n hadiah dilakukan sebelah malam selepas jamuan makan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia