Utusan Borneo (Sabah)

OUM Pusat Pembelajar­an Miri adakan program bersih Pantai Esplanade

-

MIRI: Open University Malaysia (OUM) Pusat Pembelajar­an Miri buat pertama kalinya mengadakan program membersihk­an pantai di Pantai Esplanade di sini pada Sabtu lepas.

Program khidmat sosial yang disertai seramai 70 orang termasuk kakitangan, kelab pelajar, pelajar, Persatuan Badminton Miri dan orang awam itu berjaya mengumpul kira-kira lebih 50 beg plastik hasil kutipan sampah di pantai tersebut.

Pengarahny­a Zuliana Muktar berkata program sehari bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu bertujuan menerapkan rasa cinta akan alam sekitar dalam diri warga OUM dan orang awam.

“Melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ini, kami memberi pendedahan bahawa OUM bukan setakat sebuah universiti sematamata, malah warganya turut samaadaras­atanggungj­awab akan kebersihan alam sekitar.

“Di samping itu, aktiviti seumpama ini dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dan interaksi sosial antara pengurusan OUM Miri, tutor, pelajar dan masyarakat setempat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Di samping itu, Zuliana turut menyaranka­n kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk kerap membuat pembersiha­n di pantai tersebut.

“Kami agak terkejut juga melihat keadaan pantai tersebut yang begitu kotor dipenuhi sampah.

“Ini pemandanga­n yang amat menyedihka­n kerana Pantai Esplanade cantik dan menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu,” katanya.

 ??  ?? WARGA OUM dan orang awam mengambil gambar kenangan selepas selesai membersihk­an pantai Esplanade.
WARGA OUM dan orang awam mengambil gambar kenangan selepas selesai membersihk­an pantai Esplanade.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia