Utusan Borneo (Sabah)

Program 722 di Dewan Suarah Kuching pada 22 Julai ini

-

KUCHING: Program 722 sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak akan diadakan buat kali keenam penganjura­nnya sejak 2013 di Dewan Suarah Kuching pada 22 Julai ini.

Menurut keyataan medianya semalam, program itu merupakan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama kumpulan pergerakan sivil seperti Kongres Kebangsaan Dayak (DNC), Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), Saya Anak Sarawak (SAS) dan Institut Kebangsaan Dayak (DANI).

Tahun ini, pihak jawatankua­sa penganjur akan menumpukan kepada perkara seperti pematuhan segera tentang Perjanjian Malaysia 1963, penolakan Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 dan Akta Laut Wilayah 2012 di Dewan Undangan Negeri serta pengiktira­fan penuh tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) termasuk Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Selain itu, jawatankua­sa penganjur merancang untuk mendekati penduduk luar bandar dengan Siniawan dan Bau yang merupakan destinasi pihaknya bagi membolehka­n penduduk di kawasan terbabit bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaa­n Sarawak.

Objektif penganjura­n program itu adalah untuk mewujudkan kesedaran serta memberi pengetahua­n faktual tentang sejarah Sarawak kepada orang ramai.

Acara program akan bermula dengan berhimpun di Dewan Suarah Kuching pada jam 10 pagi, 22 Julai ini dan seterusnya diadakan aktiviti konvoi ke Padang Merdeka dan kemudianny­a ke Siniawan dan Bau.

Pihak penganjur juga akan mengadakan persinggah­an ke Tasik Biru, Bau kira-kira jam 1 petang di mana penduduk kawasan itu akan memulakan acara dengan senaman aerobik, poco-poco dan zumba.

Antara program lain yang turut disediakan sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak ialah ‘autoshow’ dan ‘bike show’ serta kempen derma darah.

Orang ramai terutama rakyat Sarawak dialu-alukan menyertai program itu sambil mengenakan pakaian dengan tema warna merah atau pakaian tradisiona­l negeri ini.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur yang terdiri daripada barisan hadapan (dari kiri) William Liam, Peter John Jaban, (barisan belakang dari kiri) Lina Soo, Jane Dripin, Anthony David, Robert Gunn, Alim Mideh (pengerusi penganjur) dan Buln Ribos.
JAWATANKUA­SA penganjur yang terdiri daripada barisan hadapan (dari kiri) William Liam, Peter John Jaban, (barisan belakang dari kiri) Lina Soo, Jane Dripin, Anthony David, Robert Gunn, Alim Mideh (pengerusi penganjur) dan Buln Ribos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia