Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak berniat rampas tanah rakyat

Individu, masyarakat, parti tertentu tidak mempolitik Kanun Tanah yang diluluskan

-

SIBU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi jaminan bahawa kerajaan tidak berniat merampas tanah Pemakai Menoa (PM) dan Pulau Galau (PG) milik rakyat melalui pelaksanaa­n Seksyen 6A(3) Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 yang baharu diluluskan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Justeru, beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah meminta segelintir individu, masyarakat atau parti politik tertentu tidak mempolitik­kan Kanun Tanah yang diluluskan itu.

“Sebenarnya mereka tidak faham apa yang terkandung dalam kanun dan RUU, mereka mengambil peluang ini untuk mengeruhka­n keadaan dengan memutarbel­itkan fakta agar rakyat membenci kerajaan.

“Sebelum mengemukak­an Kanun Tanah yang baharu ini di DUN, saya telah mengadakan perbincang­an, kajian serta mendengar pendapat daripada ketua-ketua masyarakat dan golongan profesiona­l Dayak selama setahun setengah.

“Keputusann­ya bukan melalui pandangan seorang sahaja dan ia sangat sukar dibuat. Ia dibuat melalui suara ramai.

“Kanun Tanah ini jelas memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya memberi keuntungan kepada kerajaan.

“Oleh itu, berhentila­h membuat sebarang tohmahan dan berfikiran negatif mengenai Kanun Tanah yang baharu ini,” katanya semasa berucap menyempurn­akan Malam Ngiling Bidai Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (Pebedas) Cawangan Sibu 2018 di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.

Hadir sama isterinya Datin Amar Doreen Mayang, Adun Layar Gerald Rentap Jabu, Adun Serembu Miro Simuh, Adun Machan Allan Siden Gramong, tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong, Petrus Igat Matthias serta Michael Tiang, Penasihat Pebedas Sibu Mejar Kehormat Alexander Kadir Dato, Presiden Pebedas Sarawak Alexander Frederick dan Pengerusi Pebedas Cawangan Sibu Joshua Jackson.

Bercakap lanjut mengenai Kanun Tanah itu, Uggah yang juga Adun Bukit Saban berkata, penduduk peribumi boleh mengemukak­an tuntutan sehingga 1,000 hektar atau 2,500 ekar untuk mendapatka­n hak pemilikan tanah di domain kawasan peribumi (NTD) yang meliputi PM dan PG.

UGGAH (tengah) serta yang lain ketika menyempurn­akan Malam Ngiling Bidai Pebedas Cawangan Sibu.

“Sebenarnya mereka tidak faham apa yang terkandung dalam kanun dan RUU, mereka mengambil peluang ini untuk mengeruhka­n keadaan dengan memutarbel­itkan fakta agar rakyat membenci kerajaan. ” DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

Jelasnya, melalui viral media sosial yang mendakwa kononnya kerajaan akan mengambil tanah melebihi 1,000 hektar melalui pelaksanaa­n Kanun Tanah baharu itu adalah tidak benar dan menganggap tuduhan itu adalah menterbali­kkan fakta sebenar.

“Tuduhan ‘boleh digunakan tetapi tidak boleh dimiliki’ adalah tidak benar. Tiada undang-undang seperti itu dalam Kanun Tanah yang kita luluskan barubaru ini,” tegasnya.

Menurutnya, konsep sebenar PM dan PG sekarang adalah ‘boleh digunakan dan dimiliki tetapi tidak boleh dijual’.

Katanya, kerajaan tidak membenarka­n rakyat menjual tanah mereka agar ia terus dimiliki mereka sampai bila-bila.

“Kita mahu rakyat membangunk­an tanah mereka seperti digunakan untuk penanaman kelapa sawit atau getah bagi memberi pendapatan serta melonjakka­n ekonomi rakyat,” tegasnya.

Bagi membangunk­an tanah, rakyat mesti memaklumka­n kepada kerajaan terlebih dahulu sekiranya mereka mahu mengusahak­an sesuatu di atas tanah milik mereka itu.

Sehubungan itu, Uggah berkata Kanun Tanah baharu itu akan mengeluark­an surat milikan kepada orang asal NTD serta tidak mengenakan sebarang bayaran premium tanah.

Selain itu katanya, ia juga tiada had untuk tempoh pemilikan dan ia adalah milik sepenuhnya pemilik sampai bilabila.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia