Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi Sarawak Pay diperkenal di Miri

-

MIRI: Aplikasi Sarawak Pay, aplikasi mudah alih e-Wallet yang dilaksanak­an Kerajaan Sarawak diperkenal di bandar raya Miri, pada satu karnival dan pameran makanan yang berlangsun­g di sini, Sabtu lalu.

Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dr Zaidi Razak berkata, aplikasi berkenaan kini dibawa ke Miri bagi diperkenal­kan kepada masyarakat setempat mengenai faedah dan kemudahan transaksi menggunaka­n pembayaran secara e-Wallet.

“Dalam masa sama, insentif tunai juga diberikan kepada pengguna dan peniaga ketika melakukan transaksi menggunaka­n Sarawak Pay,” jelasnya ketika ditemui pada karnival terbabit.

Katanya, antara manfaat masyarakat menggunaka­n aplikasi itu ialah menggalakk­an masyarakat mengamalka­n gaya hidup menggunaka­n tunai digital tanpa membawa sejumlah wang tunai, selaras dengan pembanguna­n ekonomi digital masa kini.

Bagi menggalakk­an orang ramai mendaftar untuk aplikasi e-Wallet terbabit ujarnya, aplikasi berkenaan menawarkan promosi di mana pengguna yang memuat turun Sarawak Pay dan mendaftar sebagai ahli akan diberi ganjaran RM5 yang dikreditka­n ke dalam e-Wallet setelah pendaftara­n berjaya dilakukan.

“Manakala para peniaga yang berdaftar turut ditawarkan ganjaran tunai istimewa sebanyak 10 peratus untuk setiap koleksi transaksi yang dilakukan melalui Sarawak Pay,” tambahnya.

Hadir sama bagi melihat tawaran yang disediakan itu ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii.

Sarawak Pay versi 2.0 telah dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) di Kuching pada Mei lalu.

Versi berkenaan menawarkan setiap tambah nilai sehingga RM3,000 dengan fungsi tambahan baharu iaitu transaksi walletto-wallet, bil berasingan dan permintaan pembayaran daripada rakan.

Aplikasi Sarawak Pay boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk Android dan Apple Store untuk pengguna IOS.

Maklumat lanjut turut boleh didapati di laman sesawang rasmi Sarawak Pay, sarawakpay.gov.my.

 ??  ?? DR ZAIDI (dua kanan) menerangka­n cara penggunaan aplikasi Sarawak Pay, e-Wallet kepada Lee, Ting (kanan) pada karnival dan pameran makanan di Miri.
DR ZAIDI (dua kanan) menerangka­n cara penggunaan aplikasi Sarawak Pay, e-Wallet kepada Lee, Ting (kanan) pada karnival dan pameran makanan di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia