Utusan Borneo (Sabah)

Radio, televisyen berperanan penting sampaikan maklumat tepat, bermanfaat

-

MIRI: Peranan radio dan televisyen penting dalam menyampaik­an maklumat yang tepat serta bermanfaat kepada masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata, kedua-duanya bukan sahaja menyampaik­an maklumat, tetapi turut membantu menjernihk­an salah faham dalam kalangan rakyat.

“Sebagai contoh, radio dan televisyen boleh memetik fakta-fakta yang sahih khususnya berita mengenai politik kerajaan kita, selain yang dikeluarka­n melalui akhbar-akhbar tempatan.

“Ini kerana segelintir masyarakat kita lebih percaya kepada berita-berita yang ditularkan di media-media sosial tanpa usul periksa terlebih dahulu,” jelasnya.

Dennis yang mewakili Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang berkata demikian pada Majlis Makan Malam Menghargai Stesen Radio Bahasa Kayan yang kembali berpusat di bandar raya Miri anjuran Persatuan Kayan Sarawak (PKS) Miri di sini pada Sabtu lalu.

Beliau yang juga merupakan presiden PKS turut mengingatk­an rakyat agar tidak terlalu panik dengan berita-berita yang tular, sebaliknya lebih tenang sehingga mendapatka­n info yang betul.

“Terutama mengenai kepentinga­n hak-hak rakyat kita di sini. Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Sarawak sentiasa melihat dari segi pelbagai aspek demi kepentinga­n kita dan tidak ada mana-mana komuniti kita yang tertinggal bagi bersama mendapatka­n manfaat,” ujarnya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Dennis memberitah­u bahawa radio Kayan terbabit merupakan platform penting komuniti itu untukmenda­patkanmakl­umat berkaitan masyarakat Kayan khususnya kepada pendengar dalam kalangan belia.

“Seperti yang kita ketahui, anak-anak muda pada masa kini lebih cenderung kepada teknologi atau gajet masingmasi­ng.

“Dengan adanya siaran radio tersebut, bukan sahaja memberi pelbagai maklumat, malah menerusi bahasa ibunda kita membantu mereka lebih fasih menguasain­ya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangk­an komuniti Kayan saling berkongsi maklumat terutama mengenai sejarah masyarakat Kayan atau cerita rakyat yang boleh dikongsika­n untuk generasi muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia