Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah perlu Internet pantas, harga rendah

-

MIRI: Sekolah-sekolah di negeri ini memerlukan perkhidmat­an Internet berkelajua­n pantas dengan kos bayaran berpatutan.

Pesuruhjay­a Parti Islam SeMalaysia (Pas) Sarawak Jofri Jaraiee berkata, para pendidik dan pelajar amat memerlukan perkhidmat­an Internet berkelajua­n lebih 100Mbps.

Pas melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Kementeria­n Pendidikan menamatkan serta-merta perkhidmat­an Internet TM Unifi di lebih 1,000 sekolah di negeri ini.

Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyatakan mahu melaksanak­an sistem jalur lebar dengan kelajuan dua kali lebih pantas di separuh harga.

“Tetapi sebaliknya mereka menggantik­an dengan perkhidmat­an jalur lebar Zoom YES dengan kelajuan minimum hanya 1Mbps hingga 4Mbps yang sudah tentu lambat untuk menampung keperluan pelajar yang ramai,” jelas beliau dalam kenyataan medianya pada Ahad.

Pas mengesa Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dapat meningkatk­an mutu perkhidmat­an sistem jalur lebar dengan kelajuan dua kali lebih pantas, pada separuh harga di semua pusat pendidikan di negara ini.

Perkhidmat­an Unifi dan jalur lebar Internet perlu ditingkatk­an dengan kelajuan lebih dua kali ganda dari sekarang dengan harga yang berpatutan.

“Kebanyakan perkhidmat­an jalur lebar yang digunakan di Malaysia agak lambat dengan harga yang agak mahal,” tambah beliau.

Menurut Jofri, kualiti perkhidmat­an jalur lebar di kawasan luar bandar juga perlu ditingkatk­an kerana masih terdapat kawasan di mana sistem isyarat jalur lebar tidak dapat menerima isyarat maksimum dan pada kadar yang agak perlahan.

Di samping itu kemudahan asas seperti elektrik dan bekalan air bersih untuk penduduk Sarawak perlu diberi keutamaan.

“Kami harap masalah ini dapat diberi perhatian kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan diatasi dengan segera demi memberi kemudahan kepada pengajar dan pelajar yang amat memerlukan perkhidmat­an Unifi dan sistem jalur lebar yang lebih pantas dan lancar dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia