Utusan Borneo (Sabah)

30 peserta hadiri ceramah keselamata­n kebakaran

-

SRI AMAN: Seramai 30 peserta daripada pelbagai seksyen Pejabat Tanah dan Survei Sri Aman menyertai program ceramah keselamata­n kebakaran anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah dan Survei Sri Aman dekat sini pagi Ahad.

Ceramah berkenaan dikendalik­an Pegawai Bomba Kanan II Jilin Itar yang menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Penubuhan Emergency Responce Team (ERT)’, ‘Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api’, ‘Prosedur Pengungsia­n Bangunan’ dan ‘Demonstras­i Penggunaan Alat Pemadam Api’.

Turut membantu beliau menjayakan ceramah berkenaan ialah Pegawai Bomba Freddy John dan Elijah Tiyit serta Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Alvin Klungop.

Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman Doris Synia ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman kerana dapat hadir meluangkan masa memberi ceramah keselamata­n kebakaran yang merupakan sesi mendapatka­n ilmu di samping merupakan tuntutan kepada setiap agensi kerajaan untuk memastikan setiap pegawai mempunyai ilmu pengetahua­n dalam pencegahan kebakaran.

Semasa menyampaik­an ceramah, Jilin menekankan penubuhan ERT di setiap jabatan atau agensi kerajaan kerana ERT berupaya membantu sebagai ‘first responder’ memadam dan mencegah kebakaran merebak sebelum ketibaan pasukan bomba profesiona­l.

Dalampadai­tu,demonstras­imemadam kebakaran api minyak menggunaka­n alat pemadam api mudah alih turut didedahkan kepada kakitangan Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman.

 ??  ?? DORIS (berdiri empat kiri) bersama Jilin (tiga kiri) serta kakitangan Pejabat Tanah dan Survei Sri Aman bergambar selepas berakhirny­a program berkenaan.
DORIS (berdiri empat kiri) bersama Jilin (tiga kiri) serta kakitangan Pejabat Tanah dan Survei Sri Aman bergambar selepas berakhirny­a program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia