Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan CIMB pertingkat kesedaran sisa sifar

-

KUALALUMPU­R:Yayasan CIMB melancarka­n projek ‘komuniti pertanian bandar dan sisa sifar’ di sini barubaru ini, bertujuan mengitar semula sisa makanan organik menjadi kompos yang boleh digunakan untuk pertanian.

Dalam satu kenyataan di sini, CIMB berkata projek yang dilancarka­n di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (SKTTDI) 1 itu dibiayai yayasannya menerusi program perhubunga­n komuniti.

Ia bertujuan menggalakk­an kakitangan CIMB melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat yang bermakna di komuniti setempat mereka.

Program yang dijalankan bertepatan memandangk­an rakyat Malaysia dilaporkan menghasilk­an purata 15,000 tan sisa makanan setiap hari.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 8,000 tan mungkin telah diagihkan semula manakala 3,000 tan terbuang di tapak pelupusan sampah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata: “Kami dengan sukacitany­a menyokong projek sisa sifar dan pertanian bandar ini yang bertepatan dengan matlamatma­tlamat kemampanan yayasan.

“Melalui program perhubunga­n komuniti ini, inisiatif yang dicadangka­n oleh kakitangan amat praktikal dalam memperkasa­kan masyarakat setempat menyelesai­kan masalah asas dengan hasil yang bermakna.

“Sejak penubuhan (program) pada tahun 2007 kakitangan kami telah memperjuan­gkan banyak usaha kecil yang menjadi kejayaan pemacu program komuniti ini di seluruh negara.”

Projek yang dilaksanak­an dengan kerjasama Axile Consulting Sdn Bhd itu telah dirasmikan oleh Hamidah bersama dengan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Komersil Kumpulan CIMB, Ahmad Shazli Kamarulzam­an. Turut hadir, Pengetua SKTTDI 1 Ramnah Darus dan Pengarah Urusan Axile, Azlan Yaacob.

SKTTDI 1 disasarkan mampu menukar sisa makanan kepada kompos dalam masa 24 jam menggunaka­n mesin pengkompos­an yang akan ditempatka­n di sekolah tersebut.

Inisiatif yang sama telah diadakan secara percubaan di Masjid At-Taqwa dan balai polis di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di mana 15 kilogram kompos berjaya dihasilkan dan digunakan oleh penduduk tempatan.

Yayasan CIMB akan memasang lima mesin pengkompos­an secara kekal di lokasi-lokasi strategik di TTDI dalam beberapa bulan akan datang, sementara sukarelawa­n dari CIMB dan Axile akan melatih komuniti setempat menggunaka­n mesin dan membangunk­an program pembanguna­n bandar. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia