Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Graduasi Ke-22 Kumpulan MSU College rai 922 graduan

-

SHAH ALAM: Majlis Graduasi ke-22 Kumpulan MSU College yang telah berlangsun­g di Dewan Canselor Management and Science University (MSU) menyaksika­n seramai 922 graduan menerima skrol melibatkan 22 bidang pengajian iaitu 761 graduan diploma dan 161 graduan sijil.

Hadir menyempurn­akan majlis itu ialah Pengerusi Kumpulan MSU College dan Pro Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Turut hadir ialah Presiden Kumpulan MSU College & MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Sementara itu, sebanyak empat kategori khas kecemerlan­gan turut dianugerah­kan kepada 15 graduan sebagai pengiktira­fan pencapaian mereka dalam aspek akademik dan kemahiran insaniah.

Para graduan ialah Leonie Vitalis Lotius (Diploma Pengurusan) bagi Anugerah Emas Presiden dan Norhayanti Nordin (Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak) bagi Anugerah Mohd Shukri Yajid.

Sementara 10 graduan yang menerima Anugerah Akademik ialah Natalie Ose Simon (Diploma Teknologi Makmal Perubatan); Syamil Mohamad Khidzir (Diploma Seni Kulinari); Syed Nor Danish Danial Syed Nor Zurkanain (Diploma Teknologi Maklumat); Faruan Aidil Hamzah (Diploma Pengurusan); Lea Vanessa Lupang (Diploma Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik); Ellyshea Edward (Diploma Perakaunan); Adibah Abd Aziz (Diploma Reka Bentuk Grafik), BB Nurfitriya­h Kamil (Diploma Pengurusan Hotel); Efrida Yuliana (Sijil Sains Komputer); dan Grace Ong Hwee Chern (Sijil Pendidikan Awal KanakKanak).

Sementara itu, tiga graduan pula menerima Anugerah Industri iaitu Katrina Maria Muhammad Shahril (Puncak Niaga Holdings Berhad), Rovate Linggie Anak Kalong (Westar Aviation Services Sdn Bhd) dan Sri Munitharra­n Machavalan (Puncak Niaga Holdings Berhad).

Menerusi Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2016/2017, Kumpulan MSU College melalui 10 cawangan di seluruh negara telah mendapat penarafan enam bintang dalam pelbagai kategori berikutan pencapaian cemerlang dalam menyediaka­n perkhidmat­an pendidikan yang memenuhi kriteria serta standard yang ditetapkan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT).

Sebagai institusi collegiate kepada MSU, Kumpulan MSU College memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti melalui penggunaan kaedah pengajaran kreatif dalam melahirkan graduan yang kompeten dan versatil dengan penerapan budaya kecemerlan­gan. Program pengajian ditawarkan turut menitik beratkan elemen Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memberikan akses pendidikan kepada semua.

Sepanjang lebih tiga dekad lalu, MSU telah memperoleh­i pelbagai pengiktira­fan sama ada dari dalam mahupun luar negara. Antaranya ialah ‘Excellent Status University, Tier 5’ dan ‘The Most Entreprene­urial Private University’ oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia, Universiti ke-217 terbaik di Asia dalam QS Asia Ranking 2018, penarafan lima bintang dalam QS 2016 bagi pengajaran, kebolehpas­aran, kemudahan, tanggungja­wab sosial dan inklusif, ‘BrandLaure­ate Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Developmen­t’ serta ‘Putra Brand Award 2017’.

Turut diadakan bersempena Majlis Graduasi ke22 Kumpulan Kolej MSU ialah Homecoming Fiesta yang telah bermula pada 4 sehingga 7 Julai dengan pelbagai pengisian menarik diadakan khusus kepada para graduan, ibu bapa dan warga kampus.

 ??  ?? PENERIMA Anugerah Industri Rovate Linggie Anak Kalong (Westar Aviation Services Sdn Bhd) bersama keluargany­a.
PENERIMA Anugerah Industri Rovate Linggie Anak Kalong (Westar Aviation Services Sdn Bhd) bersama keluargany­a.
 ??  ?? PENERIMA Anugerah Emas Presiden Leonie Vitalis Lotius (dua dari kiri) bersama Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.
PENERIMA Anugerah Emas Presiden Leonie Vitalis Lotius (dua dari kiri) bersama Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.
 ??  ?? PENERIMAAn­ugerahAkad­emikNatali­eOseSimon(Diploma Teknologi Makmal Perubatan) bersama keluargany­a.
PENERIMAAn­ugerahAkad­emikNatali­eOseSimon(Diploma Teknologi Makmal Perubatan) bersama keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia