Utusan Borneo (Sabah)

Boon Siew sasar jual sebanyak 3,500 unit Dash 125cc sebulan

Segmen cub diyakini mendapat permintaan kukuh pada masa ini

-

PETALING JAYA: Boon Siew Honda Sdn Bhd menyasarka­n untuk menjual 3,500 unit motosikal Dash 125cc yang baharu dilancarka­n, dalam tempoh sebulan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Keiichi Yasuda berkata keyakinan itu berdasarka­n permintaan yang kukuh dalam segmen cub pada masa ini.

“Selama bertahun-tahun, pasaran cub dengan kapasiti silinder (cc) yang tinggi telah berkembang dengan semakin kompetitif dan mencabar susulan permintaan pelanggan

“Selama bertahun-tahun, pasaran cub dengan kapasiti silinder (cc) yang tinggi telah berkembang dengan semakin kompetitif dan mencabar susulan permintaan pelanggan yang lebih besar.

KEIICHI YASUDA Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif

yang lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran model motosikal baharu itu di sini semalam.

Yasuda berkata syarikat turut menjangka model itu akan menyumbang 25 peratus kepada jualan keseluruha­n syarikat pada tahun ini.

“Dash 125 serba baharu itu menampilka­n beberapa penambahba­ikan dengan nilai tambah daripada model sebelumnya dan dilengkapi dengan jaminan pembuatan dua tahun atau 20,000 km untuk memastikan pelanggan menikmati kemudahan dan perkhidmat­an yang berkualiti tinggi.

“Kami menawarkan harga berpatutan antara RM5,999 dan RM6,499 seunit,” katanya.

Ditanya mengenai bahagian pasaran syarikat, Yasuda berkataiad­iunjurkanm­eningkat dua hingga tiga peratus daripada 25 peratus pada masa ini, didorong oleh beberapa model baharu dan wajah baharu yang akan dilancarka­n pada tahun ini. -Bernama

 ??  ?? YASUDA (dua, kiri) melancarka­n Motor Honda Dash 125cc Baharu di Mutiara Damansara pada Isnin. Turut hadir (dari kiri) Ketua Pegawai Jualan Boon Siew Honda Voon Yin Kong, Duta Dash 125cc Zaqhwan Zaidi dan Ketua Pegawai Urusan dan Perancanga­n Boon Siew...
YASUDA (dua, kiri) melancarka­n Motor Honda Dash 125cc Baharu di Mutiara Damansara pada Isnin. Turut hadir (dari kiri) Ketua Pegawai Jualan Boon Siew Honda Voon Yin Kong, Duta Dash 125cc Zaqhwan Zaidi dan Ketua Pegawai Urusan dan Perancanga­n Boon Siew...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia