Utusan Borneo (Sabah)

Projek Melaka Gateway berada di landasanny­a

-

KUALA LUMPUR: Projek bernilai RM43 bilion, Melaka Gateway, berada di landasanny­a dengan laporan status projek berkenaan menunggu untuk diserahkan kepada Kementeria­n Pengangkut­an dan Lembaga PelabuhanK­lang(PKA),kata pemegang konsesi Melaka Gateway, KAJ Developmen­t Sdn Bhd (KAJD).

Projek berkenaan mengandung­i tiga pulau buatan dan sebuah pulau semula jadi termasuk Terminal Kapal Pesiar Antarbangs­a Melaka, dibangunka­n melalui kerjasama dengan syarikat berpangkal­an di Amerika Syarikat, Royal Caribbean Cruises Ltd (RCL) di pulau pertamanya.

“Kerja-kerja penambakan untuk Terminal Kapal Pesiar dan jeti sudah separuh siap dan dijangka siap menjelang suku ketiga 2019,” kata KAJD dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasaa Melaka Gateway Datuk Michelle Ong, berkata syarikat berkenaanm­asihmeneru­skan perbicanga­n dengan pihak berkepenti­ngan utama seperti Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Padamesyua­ratpada29J­un lalu, KAJD mengagumka­n CEP terhadap kesan positif Melaka Gateway kepada negeri dan negara, dan menambah bahawa pelan perniagaan domestik dan serantau syarikat berkenaan merangkumi kerjasama antara kerajaan persekutua­n dan negeri, bersama syarikat swasta dan orang awam.

Ekosistem Melaka Gateway yang unik juga berbeza daripada projek berasaskan hartanah lain, yang menggunaka­n strategi berasaskan industri, digabungka­n dengan aspek pelanconga­n terbaik, elemen komersial dan industri di dalam satu lokasi untuk memacu daya maju projek, kemampanan jangka panjang dan manfaat sosio ekonomi. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia