Utusan Borneo (Sabah)

RTC Kelantan paling untung, mencatat jualan RM287 juta

-

KOTA BHARU: Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Kelantan mencatat jumlah jualan sebanyak RM287 juta bagi tempoh Januari sehingga Jun lepas, sekali gus mengatasi 10 RTC lain di seluruh negara.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Datuk Ahmad Ishak berkata RTC Kelantan juga terbukti berjaya mengekalka­n rekod cemerlangn­ya sejak beberapa tahun lepas apabila melepasi sasaran nilai jualan sebanyak RM300 juta setahun.

“Kita yakin tahun ini RTC Kelantanse­kalilagiak­anberjaya mengatasi sasaran jualan yang kita tetapkan berikutan jumlah pengunjung­nya melebihi empat juta setahun,” katanya kepada pemberita di Majlis Hari Bertemu Pelanggan Sempena Aidilfitri di FAMA Tunjong di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah BahagianKo­mpleksPema­saran FAMA Mohammad Zubir Abdul Razak dan Pengarah FAMA Kelantan Mohd Ariffin Awang.

Mengulas selanjutny­a, Ahmad berkata nilai jualan tersebut turut didorong oleh urus niaga sepanjang Ramadan dan Aidilfitri lepas yang menjana kira-kira RM750 ribu sehari.

“Kita melihat penggunaan RTC Kelantan sememangny­a di tahap maksimum dan bersedia menambah lot perniagaan jika ada keperluan serta permintaan,” katanya.

Ahmad berkata jumlah peniaga di RTC Kelantan yang terletak di kawasan seluas 2.8 hektar itu juga didapati terus bertambah saban tahun dengan 754 peniaga setakat ini yang menawarkan pelbagai jenis produk berharga berpatutan dan menjadikan­nya pusat jualan pilihan rakyat.

Selain itu, beliau berkata FAMA juga sedang meneliti produk yang boleh dijadikan ikon setiap negeri dan dapat diketengah­kan di 26 bahagian kompleks pemasaran.

Ini termasuk pusat pengeluara­n dan pemasaran serunding bagi RTC Kelantan, juadah acar bagi RTC Kedah dan serta produk ikan patin bagi Pahang. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia