Utusan Borneo (Sabah)

Luahan hati Nora dalam

‘Ada Dalam Tiada’

-

KEHILANGAN seseorang yang tersayang memang amat menyedihka­n, lebih-lebih lagi kehilangan suami tercinta. Apatah lagi bila semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa disangka dan diduga.

Belum puas hidup bersama, terpaksa melalui hari-hari mendatang tanpa teman hidup. Hilang sudah tempat bermanja, mengadu nasib dan bergantung harap.

Rasa rindu yang membara tetapi hanya mampu dipendam. Kehilangan yang sangat besar sehingga dunia rasa begitu sepi tanpa kehadirann­ya. Begitulah yang ingin disampaika­n oleh Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora menerusi single terbarunya ‘Ada Dalam Tiada’.

Lagu ini merupakan dedikasi teristimew­a Nora untuk arwah suaminya, Allahyarha­m Johan Nawawi, seorang komposer dan penerbit terkenal yang meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu akibat serangan jantung.

Sesuai dengan lagu luahan hatinya sendiri yang menceritak­an keperitan dan kesedihann­ya sebagai seorang isteri yang sentiasa merindui dan mendoakan insan yang pernah berkongsi hidup dengannya selama 25 tahun, Nora menyatakan lagu ini adalah yang paling peribadi pernah dia nyanyikan.

“Saya mencurahka­n sepenuh jiwa dan raga ketika merakamkan lagu ini. Lebih menyedihka­n lagi, ini merupakan pertama kali juga saya masuk ke studio rakaman tanpa kehadiran arwah suami,” katanya.

Umum mengetahui bahawa selain bergelar suami, Johan juga merupakan antara insan pertama dalam industri muzik yang membimbing Nora dalam merencana karier seninya sejak awal kemunculan­nya pada tahun 1994.

‘Ada Dalam Tiada’ merupakan hasil ciptaan bersama komposer Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen manakala senikatany­a ditulis oleh penulis lirik tersohor iaitu Habsah Hassan.

Cukup terkesan dengan lirik sentuhan Habsah Hassan, Nora berkata,“Sebenarnya saya sendiri sukar untuk menjelaska­n dengan katakata apa yang saya rasa selama ini. Tetapi Habsah Hassan bukan sahaja dapat menterjema­hkan perasaan saya dengan begitu baik sekali malah ianya dilakukan dalam bentuk senikata yang indah. Saya turut menangis bila pertama kali saya membaca lirik tersebut.”

Pemilihan Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen yang sinonim dengan penciptaan melodi mendayu-dayu digandingk­an dengan senikata bermadah Habsah Hassan, dan nyanyian penuh jiwa Nora berjaya menghasilk­an karya yang dijangka mampu mengusik hati pendengar.

Lagu ‘Ada Dalam Tiada’ ini merupakan lagu baru yang turut dimuatkan di dalam album ‘Tribute 30 Tahun Johan Nawawi’.

Album ‘Tribute 30 Tahun Johan Nawawi’ ini sangat dekat di hati Nora kerana lagu ‘Bidadari’ yang turut dimuatkan dalam album itu adalah lagu terakhir ciptaan dan nyanyian solo Allahyarha­m sendiri, iaitu dua bulan sebelum beliau pergi.

‘Bidadari’ juga tidak pernah diperdenga­rkan di khalayak sebelum ini.

Selain itu, Allahyarha­m berhasrat supaya Nora merakamkan semula lagu ‘Hanya Satu’ yang juga dimuatkan di dalam album ini dengan susunan muzik yang baru oleh Mac Chew, namun Allahyarha­m tidak sempat untuk mendengar ‘final mixing’ bagi lagu ini.

Album ini merupakan impian Allahyarha­m sendiri untuk menjadikan sebuah naskhah kompilasi lagu-lagu ciptaan beliau.

Paling istimewa, lagu ‘Perasaanku’ yang dinyanyika­n oleh Azman Abu Hassan digubah semula dan diberi tajuk baru iaitu ‘Perasaanku 2017’ yang dinyanyika­n semula oleh rakan-rakan serta adik beradik Allahyarha­m Johan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia