Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 500 hadiri Riang Ria Raya KPJ Sabah

- - Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Bersempena bulan Syawal, Hospital Pakar KPJ Sabah meraikan sambutan ‘Riang Ria Raya’ dengan dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada syarikat korporat, syarikat insurans, rakan media, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal am, doktor, kakitangan dan pesakit.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zher yang juga setiausaha politik Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat, wakil Adun Kapayan dan wakil Ahli Parlimen Penampang.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengarah Perubatan Hospital KPJ Sabah Prof Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan dan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Sabah Miranda Harumal.

Selain menikmati juadah Hari Raya, para tetamu turut dihiburkan dengan persenbaha­n lagu-lagu raya oleh rakan media dan kakitangan KPJ.

Majlis itu diadakan untuk merapatkan hubungan silaturahi­m di antara pengurusan serta kakitangan KPJ Sabah dan masyarakat.

“Inilah keindahan perayaanpe­rayaan yang disambut di Sabah,” kata Miranda.

“Perayaan Aidilfitri tahun ini menandakan satu lagi peristiwa penting bagi KPJ Sabah dengan sambutan yang menggalakk­an daripada pihak berkepenti­ngan yang mengiktira­f peranan kami sebagai penyedia penjagaan kesihatan pilihan di Sabah dengan kumpulan pakar perunding terbesar di Malaysia Timur,” katanya.

Hospital Pakar KPJ Sabah yang dimiliki sepenuhnya oleh KPJ Healthcare Berhad, adalah hospital pelbagai kepakaran dengan kapasiti 280 katil dan lebih 60 pakar perunding.

KPJ Sabah berjaya mencapai akreditasi MSQH Edisi ke-5 pada November 2017 yang memperakui bahawa KPJ Sabah berfungsi untuk mendapatka­n hasil yang lebih baik daripada penjagaan dan keselamata­n pesakit. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kpjsabah.com.

 ??  ?? MIRANDA (tengah) melayani Phoong serta tetamu yang lain.
MIRANDA (tengah) melayani Phoong serta tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia