Utusan Borneo (Sabah)

Lupus harta curi, wanita tempatan kena 12 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita tempatan yang melupuskan harta curi, dikenakan penjara 12 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Satria Syed Albari Muntaha, 37, selepas mengaku salah atas pertuduhan itu.

Tertuduh didapati melupuskan sebuah telefon pintar milik seorang wanita berusia 52 tahun, pada 26 Mei jam 10 pagi, di sebuah kedai telefon, pusat membeli-belah Giant, daerah Putatan.

Atas kesalahan itu, Satria disabitkan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh enam bulan hingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, pada 19 Mei, pengadu mengatakan beg tangannya yang diletakkan di bawah meja kaunter gerai bunga, hilang dipercayai dicuri.

Siasatan awal mendapati, pengadu menyedari beg miliknya hilang dicuri oleh orang lain, ketika terdapat ramai pelanggan yang masuk ke gerai berkenaan.

Di dalam beg terbabit mengandung­i wang sebanyak RM5,400, wang sewa kedai RM1,000, dompet dan sebuah telefon pintar.

Bertindak berdasarka­n maklumat yang diterima, polis berjaya menangkap tertuduh pada 25 Jun, bersama dengan tiga individu lain.

Semasa rayuan, Satria yang tidak diwakili peguam menyatakan perlu menanggung lapan anak.

“Saya tidak tahu jika barang yang digadaikan adalah harta curi. Pada masa itu, saya hanya membantu abang saya yang perlukan wang,” katanya.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman terbabit bermula dari tarikh tangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia