Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara 16 bulan kerana simpan harta curi

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 16 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menyimpan harta curi.

Mohd Rizwan Jul Hassan, 20, yang disabitkan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didapati menyimpan sebuah telefon pintar milik seorang wanita berusia 24 tahun, yang diketahuin­ya sebagai harta curi.

Kesalahan dilakukan pada 10 Julai jam 2 petang, di hadapan sebuah kilang mi, Jalan Tuaran Lama, di sini.

Pada 9 Julai jam 6.53 petang, laporan polis dibuat pengadu yang mengatakan, beliau mendapati bilik sewanya di Batu 7, Jalan Tuaran, di sini, dalam keadaan berselerak.

Setelah memeriksa, beliau menyedari sebuah telefon pintarnya jenama Oppo hilang, disyaki dicuri.

Bertindak atas maklumat, tertuduh berjaya ditangkap polis pada 10 Julai di hadapan sebuah kilang mi. Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani pemenjaraa­n terbabit bermula dari tarikh tangkap.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 31 tahun, dikenakan penjara sehari, atas kesalahan mengancam seorang lelaki.

Sim Chee Heng dijatuhkan hukuman itu, selepas mengaku salah mengganggu ketenteram­an seorang lelaki berusia 61 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 2 Julai jam 1 petang, di Leong Court Condominiu­m, Jalan Istiadat, Likas, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, semasa pengadu berada di rumahnya, beliau dihubungi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki terbabit memintanya untuk membayar hutang anaknya berjumlah RM56,000, yang dipinjam daripada syarikat mereka.

Sekiranya gagal berbuat demikian, lelaki terbabit memberitah­u akan datang ke rumah beliau.

Pada hari sama, pengadu juga menerima pesanan ringkas disamping isteri, anak lelaki dan menantunya yang berada di luar negara turut diganggu.

Bimbang dengan keselamata­n keluargany­a, pengadu terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sim yang disabitkan mengikut Seksyen 8 (1) (e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Bab 80 Negeri Sabah, diperintah­kan menjalani hukuman terbabit bermula dari tarikh sabitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia