Utusan Borneo (Sabah)

Semua penduduk hadapi masalah kewarganeg­araan akan dibantu

-

MIRI: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Cawangan Miri melalui Unit Khas Bergerak Cawangan Miri (UKBM) dari semasa ke semasa akan berusaha membantu semua penduduk yang menghadapi masalah kewarganeg­araan khususnya di penempatan Penan di Baram.

Ketua UKBM Alfrizan Bujang berkata, apa yang penting ketua kampung patut bekerjasam­a dan memberikan senarai nama penduduk masing-masing yang masih menghadapi masalah tersebut kepada JPN.

Beliau berkata, senarai nama ini penting untuk memudahkan pihak UKBM menetapkan tarikh lawatan ke kampung mereka serta melancarka­n proses pendaftara­n.

“Ketua kampung terutama di kawasan penempatan Penan di Ulu Baram harus tampil ke hadapan dengan memberikan senarai nama penduduk yang tiada dokumen pengenalan diri kepada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Cawangan Miri untuk tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Alfrizan menambah, pada minggu lepas UKBM mengadakan lawatan ke tiga rumah panjang Penan iaitu Rumah Peberi Magelit di Menok, Rumah Agnes di Lapok dan Rumah Galau Upau di Bukit Limau.

Seramai 17 penduduk dari Rumah Peberi Magelit, 10 dari Rumah Agnes dan 19 dari Rumah Galau Upau yang menghadapi masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri telah diproses oleh UKBM.

Beliau menambah, mereka hanya menjalanka­n operasi di tiga kampung tersebut kerana ketiga-tiga ketua kampung tersebut telah memberi senarai nama pendudukny­a yang tiada dokumen pengenalan diri kepada JPN melalui Penan Empowermen­t Network (PEN) sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia