Utusan Borneo (Sabah)

Desaru Coast Adventure Waterpark bersedia untuk prapelanca­ran

-

ISKANDAR PUTERI: Desaru Coast Adventure Waterpark (DCAWP) akan mula membuka pintu kepada pengunjung mulai Khamis ini dengan diskaun sebanyak 50 peratus bagi semua tunggangan dan gelongsor.

DCAWP yang merupakan salah satu daripada taman permainan air yang terbesar di dunia mampu memuatkan seramai 12,000 pengunjung sehari dan memiliki lebih daripada 20 permainan kering dan basah serta pelbagai tarikan lain.

Taman air meliputi kawasan 21 ekar itu turut mempunyai sebuah pantai ombak seluas hampir tiga ekar di mana ia mampu menyimpan empat juta gelen air.

PengurusBe­sarDCAWPJe­ff Jouett berkata, prapelanca­ran taman air itu akan berlangsun­g sehingga Oktober, ia hanya akan dibuka selama empat hari seminggu (Khamis, Jumaat, Sabtu termasuk Ahad) dan akan ditutup untuk selama tiga hari bagi memberi laluan kepada sentuhan terakhir yang akan membolehka­n taman itu beroperasi sepenuhnya menjelang Oktober.

“Bagaimanap­un, kami akan terus dibuka sepanjang tempoh cuti sekolah pada Ogos serta September merangkumi Malaysia dan Singapura,” katanya kepada pemberita semalam.

Promosi prapelanca­ran akan berjalan sehingga Oktober dengan tiket berharga RM75 untuk orang dewasa, RM56 untuk kanak-kanak dan kemasukan percuma bagi kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke bawah.

Orang ramai boleh memasuki kelas meluncur mulai 8 pagi hingga 10 pagi sebelum taman itu dibuka pada 10 pagi hingga 6 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia