Utusan Borneo (Sabah)

Gunung berapi Hawaii lontarkan ‘bom lahar’

Letusan sejak dua bulan lalu cetus ‘laze’ yang menarik perhatian umum, 23 orang awam cedera

-

LOS ANGELES: Gunung berapi Kilauea di Hawaii melontarka­n ‘bom lahar’ yang terkena sebuah bot yang membawa orang ramai yang sedang melihat lahar daripada letusan sejak dua bulan lalu, sekali gus mencederak­an 23 orang, kata jabatan bomba.

Seramai 13 daripada mereka perlu dimasukkan ke hospital manakala yang lain menerima rawatan di pelabuhan apabila bot yang menjalanka­n pelanconga­n lahar kembali ke Pulau Besar, yang juga dikenali sebagai Hawaii.

Lahar yang mengalir ke dalam Lautan Pasifik merupakan pemandanga­n menakjubka­n yang menghasilk­an jerebu berkabus dikenali di Hawaii sebagai ‘laze’.

Seorang wanita dalam keadaan serius dengan keretakan tulang femur.

Jumlah keseluruha­n orang dalam bot tidak diketahui segera, kata Jabatan Bomba Daerah Hawaii.

Pada insiden awal pagi itu, sebutir bom lahar merosakkan bumbung bot dan merosakkan kekisi, kata jabatan itu tanpa memberi maklumat lanjut.

“Ia pada asasnya adalah satu letupan,” kata Janet Snyder, jurucakap datuk bandar daerah itu, kepada akhbar Tribune Herald.

“Ia menyebabka­n bumbung bot berlubang.”

Dia menggambar­kan bot itu sebagai diselaputi lahar.

Letusan itu telah memusnahka­n ratusan kediaman sejak ia bermula pada 3 Mei.

Kilauea merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di dunia dan satu daripada lima gunung berapi di pulau itu.

Salah satu kawah paling aktif, nombor 8, masih meletus dan laharnya telah membentuk sebuah “pulau” kecil beberapa meter dari pantai, menurut Jabatan Survei Geologi AS (USGS).

Ia sangat berkemungk­inan sebahagian daripada jurang aliran 8 yang memasuki lautan, kata USGS.

Lahar telah menyelubun­gi sebuah kawasan seluas kirakira 20 kilometer persegi sejak gunung berapi itu mula meletus.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERBAHAYA: Gambar serahan USGS kelmarin menunjukka­n kepulan tebal ‘laze’ di mana lahar mengalir ke dalam laut di sempadan selatan jurang aliran 8 Kilauea di Hawaii.
— Gambar AFP BERBAHAYA: Gambar serahan USGS kelmarin menunjukka­n kepulan tebal ‘laze’ di mana lahar mengalir ke dalam laut di sempadan selatan jurang aliran 8 Kilauea di Hawaii.
 ?? — Gambar Reuters ?? ROSAK: Bumbung bot pelancong berlubang besar selepas terkena letusan lahar dari Kilauea di laut luar pantai Kapoho, Hawaii pada Selasa.
— Gambar Reuters ROSAK: Bumbung bot pelancong berlubang besar selepas terkena letusan lahar dari Kilauea di laut luar pantai Kapoho, Hawaii pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia