Utusan Borneo (Sabah)

Lontar dakwat pada poster Xi Jinping, seorang wanita ditahan

-

SHANGHAI: Seorang wanita yang menstrim perbuatann­ya melontar dakwat pada gambar Presiden China Xi Jinping sudah ditahan, menurut aktivis yang menuduh pihak berkuasa mengekang ucapan untuk melindungi kultus personalit­i sekitar pemimpin negara itu.

Jaringan aktivis Pembela Hak Asasi Manusia China (CHRD) di Amerika Syarikat (AS) berkata, pihak berkuasa turut menahan bapa wanita itu dan seorang artis China selepas mereka cuba memberi publisiti kepada nasibnya dalam media sosial.

Wanita itu, yang dikenali aktivis sebagai Dong Yaoqiong, 28, bersiaran secara langsung dalam Twitter pada 4 Julai lepas dalam video di mana dia menuduh Parti Komunis yang memerintah negara menggunaka­n kawalan otak yang menindas.

Dalam video itu, yang ditweet semula puluhan ribu kali, Dong melontar dakwat pada sebuah poster yang tertera imej Xi di sebuah lokasi dalam daerah kewangan Shanghai, dan berkata dengan ingkar: “Xi Jinping, saya ada di sini menunggu anda untuk menangkap saya.”

CHRD berkata, Dong dipercayai ditangkap kemudian pada hari itu dan akaun Twitternya dipadamkan beberapa jam selepas insiden itu.

Tweetnya yang terakhir memuatkan gambar beberapa lelaki berseragam di luar pangsapuri­nya.

CHRD berkata, pihak berkuasa menekan kebebasan bersuara untuk melindungi kultus personalit­i Xi Jinping.

Twitter disekat China, selain beberapa laman media sosial asing utama lain seperti Facebook, tetapi dapat diakses menerusi perisian mengelak penapis yang mudah diperolehi.

Pihak berkuasa China menghukum dengan pantas mereka yang merosakkan imej pemimpin dan simbol komunis lain.

Dong melakukan tindakan berkenaan pada waktu yang khususnya sensitif ketika kerajaan dengan agresif memupuk kultus personalit­i sekitar Xi, terutamany­a sejak beliau secara dramatik mengukuhka­n genggamann­ya ke atas kuasa sewaktu kongres Parti Komunis lewat tahun lepas.

AFP tidak dapat mengesahka­n identiti wanita itu, tetapi seorang lelaki yang mendakwa diri bapanya Dong Jianbiao pada satu detik mengesahka­nnya dengan memaparkan kad pengenalan­nya yang dikeluarka­n oleh kerajaan.

Satu kenyataan yang dikaitkan dengan bapanya yang diedarkan dalam Twitter menganggap penahanan anaknya sebagai “perbuatan menculik seperti penyamun, satu tindakan di mana penguatkua­sa undang-undang melanggar undang-undang”.

Sejak itu dia dan artis berkenaan, Hua Yong, sudah hilang sejak beberapa hari lalu setelah menyeru dalam media sosial untuk pembebasan wanita itu, kata aktivis.

Hua pernah ditahan pada 2017 selepas mendokumen­kan pengusiran pendatang secara beramai-ramai di Beijing.

Polis Shanghai menafikan tahu-menahun tentang kes itu ketika dihubungi AFP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia