Utusan Borneo (Sabah)

40,161 BALAK DIRAMPAS

Dalam operasi khas JKM, agensi penguatkua­sa

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak 40,161 kayu balak dirampas sejak 5 Julai lepas dalam operasi khas yang dijalankan Unit Pasukan Petugas Khas Jabatan Ketua Menteri (JKM).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, rampasan terbabit dibuat dalam operasi bersama pihak polis di beberapa kawasan hutan simpan di Tongod, Sandakan, Ranau dan Kalabakan.

Menurutnya, jumlah rampasan berkenaan termasuk sebanyak 9,300 kayu balak di kawasan Tongod, 549 di Sandakan, 5,091 di Ranau serta 25,221 di Kalabakan.

Katanya, kayu balak yang dirampas disyaki diproses tanpa cukai balak dan melanggar peraturan di bawah Enakmen Hutan 1968.

Pihaknya percaya aktiviti pembalakan di kawasan terbabit berjalan sejak sekian lama.

“Setakat ini, kurang daripada 10 syarikat pembalakan yang terlibat dan kayu balak ini akan dijadikan bukti untuk kita ambil tindakan lanjut.

“Laporan kepada polis dan juga Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut dibuat sebagai tindakan undang-undang.

“Kerajaan juga akan mengambil tindakan susulan terhadap syarikat berkenaan seperti membatalka­n lesen balak mereka,” katanya kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet Negeri, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, ada antara syarikat yang terlibat mungkin didaftarka­n di bursa saham sama ada di luar atau dalam negara.

Justeru, pihaknya mengambil tindakan lanjut yang akan menjejaska­n saham syarikat terbabit.

Shafie berkata, operasi khas yang dijalankan itu susulan pengharama­n eksport kayu balak ke luar negara.

Pihaknya mengaktifk­an semula sistem penguatkua­saan perhutanan bagi memastikan pemantauan secara berkesan dapat dilaksanak­an.

NARUDIN

 ??  ?? SHAFIE menunjukka­n gambar kawasan hutan simpanyang­terbabitak­tiviti pembalakan haram.
SHAFIE menunjukka­n gambar kawasan hutan simpanyang­terbabitak­tiviti pembalakan haram.
 ??  ?? OPERASI khas dijalankan di kawasan Hutan Simpan Pinangah Tongod.
OPERASI khas dijalankan di kawasan Hutan Simpan Pinangah Tongod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia