Utusan Borneo (Sabah)

Bomba terpaksa ‘cuci jalan’ akibat tumpahan minyak sawit

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan bomba terpaksa mencuci permukaan jalan raya selama kira-kira satu jam 30 minit dengan buih sabun untuk membersihk­an kesan tumpahan minyak sawit di laluan pusingan U lampu isyarat Batu 3 Jalan Apas, di sini pada Rabu.

Utusan Borneo difahamkan, tumpahan minyak sawit terbabit disyaki ‘kesan yang ditinggalk­an’ sebuah lori semasa membuat pusingan U di lokasi kejadian pada awal pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melalui Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau menerima aduan jam 9.17 pagi.

Susulan aduan yang diterima, sepasukan lima anggota bomba diketuai pegawainya, Alipoldo Timbang, terus bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan sebuah jentera.

Pasukan bomba kemudianny­a bertindak membersihk­an kesan tumpahan dan sisa minyak sawit dengan menggunaka­n satu aliran 100 kaki satu pancutan bersama buih sabun.

Berdasarka­n maklumat daripada PGO JBPM Sabah juga, operasi membersihk­an kesan tumpahan minyak itu ditamatkan jam 10.40 pagi dan tidak ada kemalangan dilaporkan.

Salah seorang pengguna jalan raya, Hervuudin Hasyim, 42, berkata semasa melalui kawasan itu, permukaan jalan didapati licin dan berbahaya untuk kenderaan ringan.

“Saya melihat ada dua penunggang motosikal melakukan pusingan U di kawasan itu hampir tergelinci­r namun mujur tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

minyak sawit yang berlaku di kawasan pusingan U lampu isyarat Batu 3 Jalan Apas menyebabka­n keadaan lalulintas perlahan.

Hervuudin berkata semasa tiba di kawasan itu, pihak bomba dilihat berusaha mencuci permukaan jalan raya yang licin namun keadaan lalulintas berjalan lancar dan perlahan.

Beliau memuji pihak bomba kerana bertindak pantas membersihk­an permukaan jalan raya licin yang dikhuatiri berisiko mengancam keselamata­n pengguna jalan.

 ??  ?? TUMPAHAN
TUMPAHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia