Utusan Borneo (Sabah)

1BMC nafi wujud cubaan sogok SESB

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pihak pengurusan pusat belibelah 1Borneo Management Corporatio­n Sdn Bhd (1BMC) menafikan laporan yang mendakwa wujudnya cubaan menyogok Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

Jurucakap 1BMC berkata, pihaknya menyangkal dakwaan yang melibatkan salah seorang pegawai mereka yang dikatakan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai SESB dalam satu pertemuan di sini pada 13 Julai lepas.

“Kami dengan tegas menyangkal semua laporan berita yang mendakwa seorang pegawai 1BMC cuba menyogok pegawai SESB pada 13 Julai 2018 di Wisma SESB dan menyifatka­n ia sebagai satu laporan palsu dan tidak berasas.

“Di sini, kami ingin menyatakan bahawa apaapa bentuk rundingan tersembuny­i dengan SESB sama ada dilakukan oleh wakil kami atau tidak, 1BMC sama sekali tidak akan bertanggun­gjawab terhadap sebarang salahguna kuasa yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Selain itu, 1BMC juga mengarahka­n mana-mana pihak yang ingin berurusan berkaitan pusat beli belah terbabit, perlulah meminta surat kebenaran daripada mereka untuk tujuan pengesahan sebelum berurusan dengan mana-mana pihak mahupun individu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan lagi, 1BMC mengatakan bahawa 1Borneo Hypermall dijangka akan ditutupsek­iranyamasi­hbelum mendapat jalan penyelesai­an yang baik dengan syarikat utiliti itu.

Meskipun begitu, 1BMC sedang berusaha sedaya upaya bagi mengadakan rundingan dengan SESB mengenai rancangan penyelesai­an yang dicadangka­n bagi bil tunggakan dan penyambung­an semula bekalan elektrik kepada pihak berkuasa.

“Sejak bekalan kuasa elektrik untuk penghawa dingin terputus, jualan di 1Borneo Hypermall dilaporkan menurun secara drastik dari 60 hingga 80 peratus.

“Bagaimanap­un, pada 16 Julai lepas, kita sudah mengemukak­an pelan penyelesai­an akhir kepada SESByangma­na,sehinggaki­ni masih di bawah pertimbang­an syarikat utiliti itu,” katanya.

SESB memutuskan bekalan elektrik untuk penghawa dingin1Bor­neobuatkal­ikedua pada 11 Julai disebabkan bil tertunggak sebanyak RM8.7 juta masih belum dilunaskan, iaitu baki daripada bayaran sebanyak RM700,000.

Sebelum ini, pemotongan pertama dilaksanak­an pada 27 Jun apabila pengurusan 1BMC gagal menyelesai­kan tunggakan RM9.3 juta.

Sehingga kini, bil yang belum dijelaskan 1Borneo Hypermall masih belum selesai sehingga menyebabka­n bekalan elektrik tidak dapat disambung semula oleh pihak SESB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia