Utusan Borneo (Sabah)

‘Selamat Baku Dapa, ini Manado punya cirita’

Kisah perjalanan ke Sulawesi Utara

-

SEJAK jam 4.00 pagi lagi, hari Rabu 11 Julai, kami sudah berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu untuk check

in. Pesawat Batik Air ID7168 Tujuan Jakarta terbang tepat jam 6.00 pagi dari Kota Kinabalu.

Penerbanga­n mengambil masa kira-kira dua jam 55 minit dan dijangka dijangka tiba kira-kira jam 8.55 minit pagi atau jam 7.55 Waktu Indonesia Barat (WIB).

Selepas itu, kami transit beberapa jam di Bandara Internasio­nal Soekarno Hatta, sebelum berpindah ke Terminal 2 untuk penerbanga­n ke Kota Manado. Pesawat ID2680 berangkat kira-kira jam 12.30 tengahari WIB dan tiba di Bandara Sam Ratulangi kira-kira tiga jam 10 minit

kemudian atau jam 4.50 petang Waktu Indonesia Timur (waktu Manado sama waktu dengan Sabah).

Setibanya kami di Bandara Sam Ratulangi, hari sudah petang. Rombongan Fam Trip seramai 12 orang diketuai Ibu Hendro Retno Wulan dan disertai oleh agen dan syarikat pelanconga­n dari Sabah disambut oleh

Ketua Asita (Associatio­n of Indonesian Tour and Travel

Agencies) Sulawesi Utara, Ibu Merry Karouwan dan ahli jawatankua­sa Asita.

Selepas urusan mengambil bagasi selesai, kami merakamkan gambar kenangan sebelum memasuki perut bas berkelilin­g Kota Manado sambil melanjutka­n perjalanan ke Restoran Star di Manado Town Square3 atau lebih dikenal Mantos.

Pemandu pelancong kami namanya Pak Mario atau nama lengkapnya Mario Salomo Ben Gavriel Sarinsang Pantow. Orangnya masih muda dan memiliki banyak maklumat dan pengetahua­n mengenai Kota Manado dan sejarahnya.

Di dalam perjalanan itu, beliau memberikan kuih tradisiona­l Manado yang dikenali sebagai kuih ‘cucur’. Kalau di Sabah, kuih ini dinamakan kuih pinjaram di kalangan masyarakat Bajau atau kuih Amik dalam bahasa Iranun.

Kami memberitah­unya mengenai persamaan itu. Ada lagi beberapa persamaan lain dengan beberapa bahasa tempatan seperti Ama’ (bapa), Ina’ (Ibu), Paniki (kelawar) dan banyak lagi perkataan lain. Tetapi ini tidak terlalu menghairan­kan kerana bahasa Manado tergolong dalam bahasa Melayu Austronesi­a.

Sepanjang perjalanan kami, Pak Mario memberitah­u mengenai beberapa keistimewa­an Kota Manado, yang menjadi ibu negeri bagi Provinci Sulawesi Utara. Selamat Baku Dapa,

katanya dalam bahasa Manado yang bermaksud Selamat Datang. “Manado

punya cirita” sangat banyak. Oleh sebab itu “Marijo ka Manado”.

Di Manado ada Pulau Bunaken, Pasir Pantai Siladen,Pulau Lihaga,Gunung Api Mahangetan­g,Air Terjun Tumimperas, Bukit Doa Timohon, Bukit Kasih Kanonang dan sebagainya.

Sepanjang perjalanan itu, dapat disaksikan Kota Manado sedang membangun dengan pesat. Manado memang sebuah kota yang mengagumka­n.

Tidak lama kemudian kami melintasi jambatan yang boleh berubah warnanya kepada pelbagai warna khususnya pada waktu malam. Jambatan Soekarno itu sudah menjadi mercu tanda Kota Manado sejak sekian lama. Kami berhenti sebentar untuk mengambil gambar kenangkena­ngan sebelum melalui jalanan yang agak sesak tidak jauh dari kawasan Mantos 3.

Di Manado Town Square 3 itu kami dibawa ke Restoran Mantos dan dijamu dengan pelbagai jenis makanan. Saya memilih makanan berasaskan ikan kerana favourit saya memang ikan.

Suasana majlis makan malam itu penuh ceria. Selepas itu, kami merakamkan lagi foto kenangan sebelum bergegas ke Hotel Peninsula, tempat penginapan kami pada malam pertama di Manado.

Beberapa hari lagi, Kota Manado dengan tema Manado Cerdas, Manado Rukun akan merayakan ulang tahun yang ke 395. Kota Manado yang dikenal Kota Tinutuan itu lahir pada tahun 1623, adalah sebuah kota yang amat terkenal dan dianggap sebagai kota yang paling toleransi di Indonesia.

Saya cuba mencari buku sejarah mengenai Kota Manado tetapi tidak jumpa ketika singgah di toko buku Gramedia. Saya menanyakan buku mengenai Dr Sam Ratulangi atau apa saja mengenai Manado, namun tidak sempat dicari kerana harus bergegas ke hotel. Esok harinya harus bangun awal kerana kami meneruskan lagi perjalanan dari Kota Manado ke Tutuyan.

 ??  ??
 ??  ?? KUIH CUCUR JAMBATAN Soekarno yang sering berubah wajah. TITIK Zero Kota Manado.
KUIH CUCUR JAMBATAN Soekarno yang sering berubah wajah. TITIK Zero Kota Manado.
 ??  ?? SEBATANG jalan di Kota Manado.
SEBATANG jalan di Kota Manado.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEMPAT bergambar selepas menikmati makan malam di Restoran Star Mantos3.
SEMPAT bergambar selepas menikmati makan malam di Restoran Star Mantos3.
 ??  ?? ROMBONGAN Fam Trip Sabah bergambar sebaik tiba di Bandara Sam Ratulangi.
ROMBONGAN Fam Trip Sabah bergambar sebaik tiba di Bandara Sam Ratulangi.
 ??  ?? BERGAMBAR di hadapan kelenteng Ban Hin Kiong.
BERGAMBAR di hadapan kelenteng Ban Hin Kiong.
 ??  ?? PENULIS bergambar sebaik tiba di Bandara.
PENULIS bergambar sebaik tiba di Bandara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia