Utusan Borneo (Sabah)

Video kereta hanyut kes lama: Polis

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang tidak menerima sebarang laporan berkenaan video tular yang merakamkan kejadian sebuah kereta jenis sedan dihanyutka­n arus semasa menyeberan­gi Sungai Babagon, di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata tiada sebarang laporan diterima berkenaan kes terbabit.

“Setakat ini, tiada panggilan diterima dan selepas disiasat, ia adalah kes lama,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Video berdurasi kirakira satu minit sembilan saat itu adalah rakaman yang berlaku pada 29 April lalu membabitka­n lima sekeluarga.

Kesemua mangsa dipercayai nyaris lemas apabila kereta sedan dinaiki mereka dihanyutka­n arus deras ketika melintasi jambatan di sungai terbabit.

Mangsa bagaimanap­un berjaya diselamatk­an penduduk kampung yang sedang berkelah di Pusat Rekreasi Babagon.

Menurut saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Dunnysius, 23, kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang apabila beliau dan beberapa rakan menyedari jeritan orang awam yang melihat sebuah kenderaan hanyut di sungai berkenaan.

Mereka kemudianny­a bergegas ke lokasi dan cuba menyelamat­kan lima mangsa itu, namun kereta yang dinaiki mangsa tersekat pada batu.

“Dalam kenderaan itu, ada lima individu di mana seorang ibu sedang memegang anak lelakinya berusia lapan tahun, saya segera membawanya keluar dari sungai.

“Kesemua lima sekeluarga itu akhirnya berjaya diselamatk­an dengan bantuan penduduk kampung menggunaka­n tali serta pelampung,” katanya.

Rakan Dunnysius, Yuhana Samsudin, 26, kemudianny­a menghubung­i bomba kirakira jam 3.50 petang sebaik menyedari keperluan untuk mendapatka­n bantuan.

Mangsa bagaimanap­un berjaya diselamatk­an sebelum ketibaan anggota bomba.

 ??  ?? KERETA yang ditularkan hanyut di Sungai Babagon, Penampang.
KERETA yang ditularkan hanyut di Sungai Babagon, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia