Utusan Borneo (Sabah)

PKR Negeri Sembilan sokong Anwar bertanding presiden

-

SEREMBAN: Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan menyokong keputusan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden parti itu dan menyifatka­n keputusan itu sebagai tepat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata pihaknya yakin dan percaya Anwar sememangny­a layak untuk memegang jawatan presiden dengan mengambil kira jasa dan pengorbana­n beliau yang tidak terhingga kepada parti, rakyat dan negara.

“Lebih menyakinka­n lagi pengalaman beliau yang sangat luas dalam arena politik tanah air dan antarabang­sa. Dengan perubahan landskap politik hari ini, PKR Negeri Sembilan yakin Datuk Seri Anwar dapat memberikan satu impak dan anjakan paradigma yang jauh lebih besar dalam membentuk suasana serta dimensi baru dalam politik tanah air,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Pada Ahad lepas, Anwar dilapor menawar diri bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti akan datang, yang dijaduakan berlangsun­g pada September depan.

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Pengerusi PKR dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata seluruh pimpinan di negeri ini ??menyokongd­anmenyambu­t baik hasrat Anwar itu.

“Oleh itu, sekiranya Datuk Seri Anwar diberikan mandat oleh anggota parti, beliau diyakini mampu memperkasa­kan keutuhan Pakatan Harapan dalam mendepani cabaran dan tribulasi perjuangan yang saling menguji,

“PKR Negeri Sembilan yakin beliau akan berjaya membawa parti ke satu tahap yang lebih tinggi serta dihormati dan disanjungi oleh kawan dan lawan.

“Sehubungan dengan itu, akar umbi PKR Negeri Sembilan sedia memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Anwar untuk dipilih sebagai presiden dalam membentuk Malaysia Baru yang lebih peduli rakyat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia