Utusan Borneo (Sabah)

Miliki dan guna dadah, tiga lelaki kena penjara dan denda

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Tiga lelaki antaranya dua warga asing, dikenakan penjara dan denda, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menggunaka­n dan memiliki dadah.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman terhadap Hashim Ilak, Jul Aziz Hamid, 32, dan Muhammad Bismil Adam Majit, 19, selepas mereka mengaku bersalah.

Hashim dan Aziz masingmasi­ng dikenakan penjara 14 bulan dan 16 bulan, sementara Muhammad Bismil didenda sebanyak RM5,000 atau penjara 18 bulan.

Aziz dan Muhammad Bismil yang disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, didapati memiliki dadah jenis Methamphet­amine seberat 0.22 gram dan 0.61 gram.

Mereka melakukan kesalahan itu antara 15 April hingga 2 Jun, di Taman Awam Kampung Air dan Kampung Sembulan Lama, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM100,000 atau penjara selama tempoh lima tahun, atau kedua-duanya.

Sementara itu, Hashim yang disabitkan mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama, didapati menggunaka­n dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

Kesalahan dilakukan pada 22 Jun jam 1.45 pagi, di Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, di sini.

Jika sabit salah, boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama dua tahun, atau keduaduany­a.

Semasa rayuan, mereka yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n dan bermula dari tarikh tangkap.

Hashim juga menyatakan perlu menanggung seorang ibunya yang sudah lanjut usia, disamping seorang isteri dan anak-anaknya.

Selepas selesai tempoh penjara, mahkamah memerintah­kan Hashim dan Aziz yang tidak memiliki sebarang dokumen diri dirujuk ke Jabatan Imigresen, untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng melakukan pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia