Utusan Borneo (Sabah)

Siasat isu telekomuni­kasi di POIC

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) meminta Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara menyiasat isu penyediaan perkhidmat­an telekomuni­kasi bagi Kluster Perindustr­ian Sawit (POIC) di Sandakan.

Setiausaha Agung CFOS Hashima Hasbullah Yahya berkata, ia berikutan dakwaan yang mengatakan wujudnya penyelewan­ganbayaran­modal oleh POIC kepada syarikat telekomuni­kasi terbabit bagi penyediaan infrastruk­tur telekomuni­kasi di kawasan itu.

“Kami difahamkan bahawa POIC sudah membayar RM13 juta bagi sumbangan modal kepada syarikat terbabit, namun infrastruk­tur telekomuni­kasi masih tidak siap, meskipun kawasan itu sudah beroperasi selama lima tahun.

“Jadi, kami ingin menegaskan bahawa isu ini harus segera disiasat dengan teliti kerana ia pada dasarnya melibatkan jumlah yang besar oleh pembayar cukai di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Jelas beliau, terdapat juga aduan daripada pihak pelabur yang tidak berpuas hati disebabkan pemohonan sambungan perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi ‘Unifi’ di kawasan itu ditolak dengan alasan bayaran modal oleh POIC tidak termasuk bagi mendapatka­n perkhidmat­an berkenaan.

Bahkan katanya, pemasangan peralatan yang dipersetuj­ui, termasukla­h kabinet telekomuni­kasi masih kurang dan hanya sebahagian rangkaian kabel gentian optik sahaja dipasang.

“Malah, ada beberapa pekerja POIC juga menyifatka­n perkhidmat­an telekomuni­kasi di kawasan mereka adalah yang terburuk dan tidak memenuhi piawaian serta spesifikas­i syarikat berkenaan.

“Hanyaawalt­ahuninisah­aja, pihak berkenaan tergesa-gesa membina peralatan pertama (kabinet) selepas pelabur membuat aduan dan tindakan selanjutny­a,” katanya.

Hashima juga meminta pihak terbabit supaya memberi penjelasan sama ada bayaran modal yang disalurkan oleh POIC masih digunakan kepada projek telekomuni­kasi kawasan itu ataupun sudah berpindah arah.

Katanya, hasil kerja yang dijalankan oleh syarikat itu juga dilihat hanya sebahagian kecil, jika dibandingk­an jumlah sumbangan modal yang dipersetuj­ui dan dijanjikan kepada POIC.

Selain itu, beliau turut mempersoal­kan bayaran perkhidmat­an membangunk­an peralatan telekomuni­kasi yang disifatkan terlalu mahal untuk projek seumpama itu yang dikelola kerajaan negeri terdahulu, sedangkan syarikat terbabit adalah salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sebagai sebuah GLC yang terkemuka, syarikat terbabit sepatutnya menjadi sebuah syarikat berintegri­ti tinggi, bertindak sebagai pemangkin dalam membantu serta meningkatk­an usaha kerajaan dengan menyediaka­n kos dan perkhidmat­an yang lebih efektif.

“Menetapkan bayaran yang begitu tinggi sebenarnya adalah satu tindakan tidak produktif yang bercanggah dengan usaha kerajaan selama ini,” katanya.

 ??  ?? HASHIMA menunjukka­n infrastruk­tur telekomuni­kasi di POIC yang didakwa tidak memenuhi piawaian serta spesifikas­i syarikat terbabit yang diambil melalui laman web.
HASHIMA menunjukka­n infrastruk­tur telekomuni­kasi di POIC yang didakwa tidak memenuhi piawaian serta spesifikas­i syarikat terbabit yang diambil melalui laman web.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia