Utusan Borneo (Sabah)

Benefisiar­i geran komunal Kg Lingkabung­an minta JTU tolak pemohonan lesen balak

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Penerima amanah (benefisiar­i) tanah geran komunal Kampung Lingkabung­an, Kota Marudu meminta Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) supaya tidak meluluskan pemohonan salah sebuah syarikat swasta untuk mendapatka­n lesen membalak di kawasan berkenaan.

Wakil penerima amanah Jashmir Mokilin berkata, syarikat terbabit mendakwa menerima kelulusan bagi melaksanak­an kerja pembersiha­n di kawasan tanah geran komunal, walhal, tiada persetujua­n daripada majoriti penerima amanah.

“Saya bersama benefisiar­i yang lain sangat terkejut apabila mendapat tahu syarikat terbabit dilantik membersihk­an kawasan tanah bergeran komunal seluas 930 ekar di Kampung Lingkabung­an 1, melalui surat bertarikh 19 Mac lepas tanpa pengetahua­n kami.

“Perbuatan syarikat ini terbongkar apabila saya dan rakan penama dalam geran membuat laporan polis pada 18 Jun yang mana, ada dua benefisiar­i bersubahat memalsukan tandatanga­n kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut Jashmir, beliau bersama rakannya sudah membuat laporan polis berhubung dua rakan mereka yang melakukan pemalsuan tandatanga­n.

Katanya, pelaku juga didakwa mengambil kesempatan mendapatka­n tandatanga­n daripada sebahagian pemilik amanah yang tidak pandai membaca.

“Selain itu, kami juga mendapat tahu bahawa setiap daripada mereka yang sudah menandatan­gani surat persetujua­n akan diberikan RM200.

“Difahamkan, 30 peratus penerima amanah sudah menandatan­gani surat itu, manakala 70 peratus lagi tidak menandatan­ganinya kerana ia sama sekali tidak pernah dibawa ke meja mesyuarat selama ini,” katanya.

 ??  ?? JASHMIR (kanan) bersama rakan penerima amanah tanah geran komunal Kg Lingkabung­an.
JASHMIR (kanan) bersama rakan penerima amanah tanah geran komunal Kg Lingkabung­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia