Utusan Borneo (Sabah)

‘Cuba keluar secara curi-curi’

Operasi Khas Esscom dan PPM Tawau tahan lima PTI

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan lima warga asing dalam Operasi KhasOps Unit Kecil Esscom.

Kelima-lima pendatang tanpa izin (PTI) yang berumur antara 17 hingga 47 tahun terbabit ditahan semasa berada di kawasan laut Tanjung Batu, kira-kira jam 6.50 pagi Rabu.

Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berkata kelima-lima warga asing itu disyaki cuba keluar secara curi-curi menuju ke Pulau Sebatik (sempadan MalaysiaIn­donesia).

“Mereka dilihat bergerak dari arah pantai Tanjung Batu Laut menuju ke arah Sebatik sebelum terserempa­k dengan pasukan kita dan cuba melarikan diri namun gagal.

“Nilai keseluruha­n rampasan bernilai kira-kira RM10,500 melibatkan sebuah bot laju (RM3,500) dan satu enjin sangkut berkapasit­i 15 kuasa kuda (RM7,000),” katanya.

Hazani berkata bot laju terbabit dikesan semasa sepasukan Unit Risikan Marin Tawau bersama pegawai dan anggota Esscom melakukan rondaan dan pemantauan di laut.

Menurutnya, bot laju mencurigak­an itu cuba

“Mereka dilihat bergerak dari arah pantai Tanjung Batu Laut menuju ke arah Sebatik sebelum terserempa­k dengan pasukan kita dan cuba melarikan diri ” namun gagal DATUK HAZANI GHAZALI Komander Esscom

dipecut untuk mengelak daripada diperiksa ketika dihampiri namun usaha itu gagal apabila terkandas di pantai Tanjung Batu.

“Seorang lelaki disyaki juragan dilihat terjun dari bot laju dan melarikan diri ke daratan dan hasil pemeriksaa­n, kitamenemu­ilimapenum­pang tanpa dokumen pengenalan diri.

“KesemuaPTI­danbaranga­n rampasandi­bawakePang­kalan PPM Tawau untuk tindakan susulan kerana dipercayai melibatkan perlanggar­an Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata kesemua tahanan juga sudah diberikan salinan hak-hak orang yang ditangkap mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

 ??  ?? LIMA PTI yang ditahan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.
LIMA PTI yang ditahan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia