Utusan Borneo (Sabah)

Alam Ria Pasti Zon Sandakan Ke-8

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Alam Ria yang dianjurkan oleh Pasti Zon Sandakan pada hujung minggu lalu telah berjaya mencungkil bakat muridmurid Pasti berumur 4 hingga 6 tahun dari daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatang­an.

Program yang diadakan di Masjid Daerah Sandakan itu telah mempertand­ingkan lapan acara berlainan kategori seperti hafazan, khutbah, azan,nasyid,pidato,deklamasi sajak dan bercerita.

Turut dipertandi­ngkan ialah acara kalam jama’ie yang memerlukan peserta cilik melantunka­n bicara berirama dalam bahasa Arab.

Aktiviti dwitahunan yang melibatkan lebih 400 murid itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Libaran Nasruddin Lahapin.

Berucap dalam majlis perasmian, beliau melahirkan perasaante­rharuatass­okongan yang diberikan oleh ibu bapa dalam menjayakan setiap program Pasti.

Beliau turut mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semuapeser­tayangmeng­ambil bahagian dalam Alam Ria kali ke-8 itu.

Alam Ria tahun ini telah menobatkan Pasti Zaid Bin Harithah, Taman Khaya selaku juara keseluruha­n temasya sekaligus membawa pulang trofi kejohanan, piala iringan serta hamper.

Sementara naib juara dan tempat ketiga pula masingmasi­ng telah dianugerah­kan kepada Pasti Saidina Hamzah, Taman Damai dan Pasti Saidina Uthman Bin Affan, Taman Mawar.

Peserta yang mendapat johan bagi setiap acara akan mewakili Pasti Zon Sandakan ke peringkat negeri yang akan diadakan di Kota Kinabalu hujung bulan ini.

 ??  ?? PASTI Zaid Bin Harithah, Taman Khaya menjuarai Alam Ria pada tahun ini.
PASTI Zaid Bin Harithah, Taman Khaya menjuarai Alam Ria pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia