Utusan Borneo (Sabah)

Johnny Depp, bekas pengurus selesaikan kes saman di luar mahkamah

-

JOHNNY Depp telah mencapai penyelesai­an dengan bekas pengurus perniagaan­nya, kata wakilwakil­nya pada Isnin lepas, untuk membolehka­n pelakon Amerika yang dicalonkan untuk anugerah Oscar itu bagi mengelak perbicaraa­n berhubung kewanganny­a yang menjanjika­n keghairaha­n paparazi.

Seorang jurucakap berkata Depp, 55, “gembira” dengan persetujua­n sulit yang dicapai dengan

The Management Group (TMG), syarikat yang mengendali­kan urusan perniagaan­nya selama hampir dua dekad.

Dia telah menyaman organisasi itu pada Januari 2017 sebanyak AS$25 juta, menuduh TMG mengurus kewanganny­a dengan salah, mendapatka­n pinjaman tanpa kebenarann­ya, dan menyembuny­ikan kewanganny­a yang hampir musnah.

TMG yang berpangkal­an di Beverly Hills telah memfailkan saman balas terhadap pelakon yang dicalonkan untuk anugerah Oscar itu untuk menuntut ganti rugi dan yuran yang tidak dibayar.

Kumpulan itu mendakwa perbelanja­an mewah yang berlebihan oleh Depp hampir menyebabka­n kemusnahan kewangan, selepas dia membelan-jakan jutaan dolar ke atas sebuah kapal layar, kereta mewah, pesawat peribadi dan wain.

Persetujua­n itu dicapai sejurus sebelum perbicaraa­n dijadual bermula pada Ogos.

“Tindakan undangunda­ng yang diambil terhadap The Management Group – dan penyelesai­an seterusnya – merupakan demonstras­i selanjutny­a bahawa Johnny berazam untuk mengambil tindakan tegas bagi melindungi reputasi artistik dan dirinya demi kepentinga­n keluargany­a dan kariernya,” jurucakap Depp menyebut dalam kenyataan yang mengumumka­n perjanjian berkenaan.

Menurut majalah Rolling Stone, kekayaan Depp yang dianggarka­n sebanyak AS$650 juta sudah hampir lenyap semuanya.

Depp dan aktres Amber Heard, 32, mencapai penyelesai­an di luar mahkamah pada 2016 untuk menamatkan perkahwina­n mereka selama 18 bulan, dan bersetuju bahawa dia akan membayar Heard AS$7 juta. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia