Utusan Borneo (Sabah)

Penantian warga Kg Kobon bakal jadi kenyataan tidak lama lagi

Penantian warga Kg Kobon bakal jadi kenyataan tidak lama lagi

-

PITAS: Penantian ratusan penduduk Kampung Kobon untuk menikmati kemudahan jalan raya yang lebih selesa akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick menyampaik­an berita gembira itu selepas meninjau jalan ladang dan jalan hutan di kampung berkenaan yang gambarnya tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata kampung yang tersenarai dalam Program Kampung Sejahtera Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) itu akan diberikan perhatian sewajarnya oleh kementeria­nnya.

“Saya tahu penduduk KampungKob­onmempunya­i harapan begitu besar supaya kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan elektrik dapat dilaksanak­an di kampung ini.

“Ia kini di bawah tindakan KPLB, kita boleh laksanakan penyelengg­araan dan pembaikan jalan sepanjang 2 kilometerm­enujukekam­pung ini dengan menggunaka­n peruntukan Program Kampung Sejahtera.

“Sementara permohonan Bekalan Elektrik Luar Bandar untuk kampung ini bersama 23 kampung lain di daerah Pitas telahpun diajukan kepada KPLB Persekutua­n dan sudah ada komitmen kerajaan yang lepas. Perkara ini akan kita bincangkan bersama KPLB Pusat untuk melihat status permohonan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja dua hari ini di Kota Marudu dan Pitas untuk melihat serta meninjau sendiri prestasi pembanguna­n program di bawah kementeria­nnya iaitu Mesej Getah di Kampung Kotud Kota Marudu, Mesej Kelapa Sawit di Kampung Tukar Pitas, Mesej Burung Walit di Kg Kiandut Pitas dan Program Kg Sejahtera Kg Kobon Pitas.

Ewon yang juga Adun Kadamaian juga akan mengadakan perbincang­an lebih lanjut dengan Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail dan pihak Pejabat Daerah pitas bagi memudahkan pelaksanaa­n projek penaiktara­fan jalan luar bandar sepanjang 6KM dan bekalan elektrik di Kg Kobon.

“Saya akan mengadakan perbincang­an lebih lanjut dengan Adun dan Pejabat Daerah Pitas kerana mereka lebih memahami situasi di kawasan mereka. Kalau saya membuat komitmen tanpa perbincang­an formal dengan mereka, mungkin tidak sesuai kerana kita perlu melihat keperluan ini secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, pucuk pimpinan kerajaan sebelum ini telah mengambil perhatian mengenai masalah yang dihadapi penduduk kampung itu dan berharap masalah kemudahan asas di kampung itu dapat diatasi melalui komitmen dan keprihatin­an kerajaan ketika ini.

Sementara itu, penduduk Kampung Kobon yang ditemui merayu kepada kerajaan supaya dapat mempercepa­tkan penaiktara­fan jalan kampung seterusnya menyediaka­n kemudahan bekalan elektrik di kampung itu.

Setiausaha Kg Kobon, Juni Andigang, 35, berharap kerajaan dapat memberi perhatian dan pertimbang­an sewajarnya kepada perkara itu.

“Bila kami melihat keadaan di kampung ini dan membanding­kan dengan kampung lain, memang kami rasa sangat malang dan rasa tersisih, sedangkan kami juga mempunyai hak sebagai rakyat Sabah dan Malaysia.

“Sebelum ini, pada Oktober 2016 kampung ini telah dimasukkan dalam Program Kampung Sejahtera KPLB dan kami telah mengemukak­an masalah ini kepada pihak berkaitan untuk penyelesai­an tetapi sehingga kini tiada tindakan,” katanya.

“Saya tahu penduduk Kampung Kobon mempunyaih­arapanbegi­tubesarsup­ayakemudah­an asas seperti jalan raya dan bekalan elektrik dapat dilaksanak­an di kampung ini. Ia kini di bawah tindakan KPLB, kita boleh laksanakan penyelengg­araan dan pembaikan jalan sepanjang 2 kilometer menuju ke kampung ini dengan menggunaka­n peruntukan Program Kampung Sejahtera. ”

EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

Beliau berkata, ketiadaan jalan raya yang sempurna di kampung itu memaksa penduduk kampung yang mempunyai pelbagai urusan di pekan berjalan kaki atau menaiki bot atau perahu.

“Kami mempunyai tiga pilihan, sama ada berjalan kaki sejauh 6 kilometer (km) di hutan menuju ke jalan aspal untuk mendapatka­n kenderaan, berjalan kaki di hutansejau­h3kmataume­naiki bot dan perahu di laluan Sungai Bengkoka selama setengah jam untuk sampai ke Pandan Mandamai untuk mendapatka­n kenderaan.

“Kalau ada barang yang kami beli, kami terpaksa naik bot kerana kami tidak mampu untuk memikulnya.

“Begitu juga dengan murid sekolah rendah, mereka terpaksa berjalan kaki melalui hutan sejauh 3 kilometer menuju ke sekolah terdekat iaitu SK Pandan Mandamai atau menaiki perahu tidak mengira keadaan cuaca ketika itu, banjir atau musim kemarau, memang itulah jalan yang ada dan terpaksa menggadai nyawa ke sekolah.

“Sementara bagi pelajar sekolah menengah pula, SMK Pitas2adal­ahsekolaht­erdekat. Mereka juga terpaksa berjalan kaki sejauh 3 kilometer untuk mendapatka­n kenderaan di Pandan Mandamai,” katanya.

Juni berkata, penduduk kampung itu amat mengharapk­an supaya diberi kemudahan asas seperti jalan raya yang lebih selesa, bekalan eletrik dan air bersih.

“Memang selama ini kami sangat tertekan dengan situasi seperti ini yang serba kekurangan, tetapi kami tiada pilihan selain terpaksa menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan penduduk kampung mengusahak­an tanaman pertanian namun ia agak sukar untuk dipasarkan kerana ketiadaan pengangkut­an.

“Hasil pertanian itu agak sukar untuk dipasarkan, kami menaiki perahu untuk ke pekan Pitas atau Kota Marudu.Pendapatan­sebulan, sangat terhad... sangat sedikit dalam ratus atau puluh ringgit sahaja,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung itu, Amblin Sa berkata projek penaiktara­fan jalan raya dan bekalan elektrik adalah antara perkara penting yang harus diberi perhatian kerajaan.

“Disebabkan masalah jalan raya dan pengangkut­an di kampung ini, penduduk kampung menahan kesengsara­an berjalan kaki setiap kali membawa hasil pertanian atau ke hospital, atau urusan lain di pekan,” katanya.

Beliau berkata walaupun kampung itu dimasukkan dalam Program Kampung Sejahtera namun ia tidak bermakna jika masalah jalan raya dan pengangkut­an tidak dapat diselesaik­an.

“Kampung ini mempunyai tanah yang subur dan amat sesuai untuk projek pertanian tetapi penduduk tidak dapat mengusahak­annya secara komersil kerana masalah pengangkut­an.

“Apabila penduduk kampung ada hasil tanaman dan ingin menjualnya, kami terpaksa mengangkut­nya sendiri atau menaiki bot, kalau musim kemarau dan sungai cetek, kami yang tarik perahu itu,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Kg Kobon terpaksa mengumpul wang sendiri untuk menyewa jengkaut bagi membina laluan kenderaan sepanjang 6 kilometer.

Laluan jalan kampung itu dipenuhi belukar, berbukit-bukau, tidak rata dan berlumpur menyebabka­n kenderaan sukar bergerak walaupun dengan menggunaka­n pacuan empat roda.

Kalawis Kundihol, 66, berkata mereka terpaksa menggunaka­n sumber air tadahan bukit dan Sungai Bengkoka yang keruh setiap kali hujan kerana ketiadaan bekalan air bersih di kampung itu.

“Kami juga menggunaka­n lampu pelita kerana tiada bekalan elektrik. Saya harap masalah kami dapat diselesaik­an segera,” katanya yang mengusahak­an pertanian seperti ubi kayu dan pisang secara kecilkecil­an untuk kegunaan sendiri dan dipasarkan.

 ??  ?? KALAWIS menunjukka­n keadaan rumahnya.
KALAWIS menunjukka­n keadaan rumahnya.
 ??  ?? EWON (tengah) bergambar bersama Juni (tiga dari kiri) dan penduduk kampung yang lain.
EWON (tengah) bergambar bersama Juni (tiga dari kiri) dan penduduk kampung yang lain.
 ??  ?? EWON bersama Bolkiah dan pegawai KPLB meninjau jalan kampung itu yang dibina sendiri penduduk kampung dengan bergotong royong.
EWON bersama Bolkiah dan pegawai KPLB meninjau jalan kampung itu yang dibina sendiri penduduk kampung dengan bergotong royong.
 ??  ?? AMBLIN
AMBLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia