Utusan Borneo (Sabah)

KTYS, TWI-ABM meterai MoU untuk latihan kimpalan

-

KOTA KINABALU: Anak syarikat milik penuh Yayasan Sabah, KTYS menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan TWI-ABM Training & Certificat­ion Sdn Bhd untuk program latihan kimpalan kepada belia di Sabah, bertempat di Kampus Bandaraya, Sembulan.

TWI-ABM adalah wakil TWI, UK (institut kimpalan di UK). TWI adalah pembekal terbesar teknologi kimpalan dan latihan berkaitan pemeriksaa­n dengan pusat-pusat yang terletak di seluruh dunia manakala,TWI-ABMadalah wakilnya di Malaysia.

Pada asasnya, kelayakan mereka diiktiraf di peringkat antarabang­sa dengan program termasuk kimpalan, pemeriksaa­n kimpalan, kejurutera­an kimpalan, kawalan mutu, pemeriksaa­n bawah air serta latihan kesihatan dan keselamata­n.

Kerjasama itu akan memudahkan inisiatif berhubung program latihan kimpalan untuk belia di Sabah bagi bersamasam­a memajukan dan meningkatk­an jumlah pengimpal berkemahir­an yang disahkan di negeri ini melalui latihan dan peperiksaa­n.

Ia juga akan membangunk­an program pensijilan kemahiran kimpalan dalam meningkatk­an tahap kecekapan belia yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam minyak dan gas.

Kerjasama itu sejajar dengan matlamat negara untuk membangunk­an modal insan berkemahir­an bertujuan meningkatk­an taraf latihan kemahiran tinggi dan program profesiona­l yang disahkan.

Perjanjian itu ditandatan­gani bersama oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Waky Taim dan Pengarah Urusan TWI-ABM Mohamad Darus Taib dalam satu majlis yang disaksikan oleh pengurusan dari KTYS dan TWI-ABM.

Sementara itu, Waky berkata kerjasama itu bukan sahaja akan meningkatk­an program latihan KTYS tetapi juga memberi jaminan peluang dan penempatan pekerjaan untuk pelatih.

Pada asasnya, perkongsia­n pintar ini bukan sahaja membuka jalan bagi program berkaitan minyak dan gas tetapi juga menyediaka­n pelajar KTYS meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n teknikal mengenai keperluan khusus industri minyak dan gas di Sabah.

Kolej itu adalah pusat pengajian tinggi dan latihan yang menyediaka­n program latihan teknikal, pendidikan dan vokasional yang menyokong keperluan modal insan negeri ini.

Usahanya bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan melalui peningkata­n bakat, kemahiran diiktiraf di peringkat antarabang­sa dan perindustr­ian serta membangun keupayaan keusahawan­an.

Untuk memastikan kualiti dan pengiktira­fan industri, program KTYS diperakui dan diakredita­si oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Pembanguna­n Kemahiran di bawah Kementeria­n Sumber Manusia, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT).

Kolej ini mempunyai lebih 800 pelajar di lebih 20 jenis program akademik dan kemahiran yang dijalankan di tiga kampus di Kota Kinabalu, iaitu Kampus Bandaraya di Sembulan (Kampus Utama), Kampus Teknikal, Likas dan Kampus Mini, 88 Market Place, Kepayan.

Untuk maklumat lanjut mengenai KTYS, sila layari www.ktys.edu.my.

 ??  ?? WAKY (empat dari kanan) bertukar dokumen yang telah dimeterai dengan Mohamad Darus.
WAKY (empat dari kanan) bertukar dokumen yang telah dimeterai dengan Mohamad Darus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia