Utusan Borneo (Sabah)

Bersama memerangi rasuah

UMS anjur aktiviti ‘10 minit Bersama Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah’

-

KOTA KINABALU: Aktiviti ‘10 Minit Bersama Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah’ adalah aktiviti yang dianjurkan sendiri oleh Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah.

Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari khamis di tapak Pasar Tani, Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah dan meletakkan tiga objektif utama iaitu aktiviti ini diharapkan mampu melahirkan mahasiswa dan masyarakat yang peka dengan isu-isu dan masalah rasuah yang berlaku khususnya di negara kita Malaysia.

Seterusnya, membantu Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyampaik­an mesejmesej berkaitan anti rasuah Kepada mahasiswa UMS dan juga masyarakat luar yang berkunjung ke tapak Pasar Tani berkenaan.

Ia juga menjadikan Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah sebagai pusat rujukan ilmiah berkaitan dengan gejala rasuah dan rakan-rakan sekretaria­t bebas daripada masalah rasuah.

Aktiviti ‘10 Minit’ ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan juga orang awam berkaitan dengan isuisu rasuah di negara khususnya di Malaysia.

Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatk­an pemahaman dan pengetahua­n mahasiswa dan juga ahli SPRUMS terhadap rasuah itu sendiri yang merangkumi definisi, hukuman, jenis-jenis rasuah, individu-individu yang sering terlibat dalam jenayah rasuah serta contohcont­oh masalah rasuah yang pernah berlaku di Malaysia.

Segala maklumat ini disampaika­n melalui sesi talimat ataupun sesi perkongsia­n ilmu yang disampaika­n sendiri oleh ahliahli SPRUMS itu sendiri.

Selaindari­padaperkon­gsian, aktiviti busker juga turut diadakan bagi menarik minat para pengunjung sambil mendengark­an aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara ahli SPRUMS dan juga mahasiswa UMS itu sendiri.

 ??  ?? SESI memberi penerangan secara terus kepada para pelajar mengenai rasuah dan pemberian note book yang mengandung­i maklumat-maklumat rasuah.
SESI memberi penerangan secara terus kepada para pelajar mengenai rasuah dan pemberian note book yang mengandung­i maklumat-maklumat rasuah.
 ??  ?? AKTIVITI telahpun tamat dan berjaya dilaksanak­an seperti yang telah ditetapkan oleh pengurusan SPRUMS.
AKTIVITI telahpun tamat dan berjaya dilaksanak­an seperti yang telah ditetapkan oleh pengurusan SPRUMS.
 ??  ?? Dari Kampus
Dari Kampus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia