Utusan Borneo (Sabah)

Itut setinggi 53 kaki di Dataran Bandar Sibu sempena BCF 2018

-

SIBU: Itut atau Tibow yang didirikan di Dataran Bandar Sibu Fasa I sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2018, mencatat rekod tersendiri dengan ketinggian 53 kaki.

Menurut Sahari Ubu yang bertanggun­gjawab mendirikan permainan tradisiona­l Melanau itu berkata, dengan ketinggian mencecah 53 kaki, Itut itu akan memberi lebih cabaran dan keseronoka­n bagi mereka yang mencubanya.

“Ketinggian Itut yang kami dirikan pada tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lepas, justeru dengan ketinggian ini akan memberi tempoh ayunan yang lebih lama dan laju.

“Jika lebih pendek, tempoh ayunan juga lebih pendek dan singkat, oleh itu, lebih tinggi lebih bagus,” ujarnya kepada pemberita, baru-baru ini.

Sahari yang juga bekas penghulu Kampung Nangka berkata,padamulany­amereka bercadang mendirikan Itut setinggi 60 kaki.

Bagaimanap­un atas sebabsebab tertentu, cadangan mendirikan buaian gergasi itu terpaksa dilupakan.

Didirikan bersama Persatuan Kebajikan Melanau Kampung Nangka Sibu (PKMKNS) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Nangka, Itut ini dijadual siap sebelum BCF yang akan bermula 19 hingga 28 Julai ini.

Sahari berkata, Itut merupakan buaian tradisi Melanau dan mereka amat berbangga dapat mendirikan­nya untuk dikongsi dengan generasi muda serta semua masyarakat.

“Itut ini dijangka dibuka kepada orang awam pada 19 Julai ini,” katanya sambil meyakinkan orang ramai untuk mencubanya.

Beliau juga memberitah­u, kejayaan mendirikan Itut itu merupakan satu pencapaian bagi semua penduduk Sibu.

“Sebagai komuniti Melanau, kami amat berbangga dapat mengekalka­n pemainan tradisiona­l ini untuk generasi muda,” jelasnya.

Sahari menjelaska­n bahawa terdapat tiga jenis Itut dengan nama yang berlainan diberikan di Sibu, Mukah dan Oya, namun fungsinya tetap sama.

“Tidak mudah untuk mendirikan Itut kerana kami menghadapi kesukaran untuk mendapatka­n tiang kayu yang sesuai bagi membina strukturny­a.

“Kayu yang digunakan tidak boleh terlalu lembut atau keras. Jika lembut, mudah patah dan jika kayu keras, akan menjadi terlalu berat.

“Keselamata­n adalah keutamaan kami dalam mendirikan Itut ini,” tegas beliau.

Pada masa sama, Sahari turut berterima kasih kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) atas sokongan yang telah diberikan dalam proses mendirikan Itut tersebut.

 ??  ?? KERJA-kerja mendirikan Itut di Dataran Bandar Sibu Fasa I yang dijangka siap sebelum 19 Julai ini.
KERJA-kerja mendirikan Itut di Dataran Bandar Sibu Fasa I yang dijangka siap sebelum 19 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia